Wednesday 11 August 2010

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan Al Mubarak 1431H khas buat semua keluarga dan rakan2 yang membaca blog A.N.D.A.K.

Kali ini masuk tahun ke 6 aku berpuasa di bumi UK. Dua kali semasa tahun 2002 dan 2003 dan sejak 2007 hingga lah sekarang tahun 2010. Berpuasa di musim sejuk (2002 & 2003) sungguh menarik sebab tak sempat nak rasa lapar dan dahaga. Tahun 2007 dan 2008 pula musim bunga. Aku berpuasa ditemani dengan bunga2 yang mekar berseri2. 2009, musim luruh puasa seakan2 berada di Malaysia sebab waktu berbuka nya lebih kurang sama dengan waktu di Malaysia. Dan tahun 2010, adalah tahun paling mencabar. Melengkapkan cukup semua musim aku pernah lalui berpuasa di bumi UK ni. Alhamdulillah, puasa kali ini di musim panas. Panjang dan harapnya aku kuat sebab puasa kali ini aku bertugas. Macamana lah nanti yer. Hahahaha.... Apa2pun Selamat berpuasa!!!

Minta maaf lah sebab semakin bersawang dan berhabuk blog ini. Sibuk kebelakangan ini sebab anak cuti sekolah. InsyaAllah minggu depan sudah naik sekolah, blog ini akan aktif semula. Macam cikgu pula aku ni, cuti sekolah tak boleh menulis blog. Kena cuti sekali. Hahahaha....

3 comments:

~anismj~ said...

slamat berpuasa kak...!!!

hihi...xblek malaysia lg ek???

kim salam kat en. joe k...

=D

Anonymous said...

selamat berpuasa andak... ampun maaf dipinta.
sedar tak sedar dah nak habis cuti sekolah... huhuh. maknya tak puas cuti lagi.. kikikik

a.n.d.a.k said...

Kak Fa10: sama juga dari kita... selamat berpuasa... maaf juga jika ada silap ya....
Anis: selamat berpuasa.. wah kali ni puasa berdua2an ler... ahahahhaa... insyaAllah tahun ni balik... tungguuuu...