Wednesday 7 July 2010

Cuti Sekolah

Dah lama aku tak buat entri yang fresh. Maksud fresh ialah entri mengisahkan kejadian semalam atau dua hari lepas. Kebanyakan entri aku buat semua yang dah lepas lepas lepas. Hahahaha...
Semalam aku cuti. Abang pula dah mula start cuti sekolah sejak minggu lepas. Pagi2 lagi bos dah pesan, jangan asyik bawa pergi main kat meadow aje. Bos pesan suruh bawa pergi library. Bos siap bagi contoh lagi yang dulu2 masa dia kecik2 selalu pergi library. So aku yang menurut perintah ni pun bawalah abang dan baby ke library. Tak pernah lagi pergi library kanak2 kat sini. Rupanya library buka pukul 1 tengahari. Punyalah semangat kita orang, pukul 12 lebih dah sampai. Punyalah tak check kat internet waktu beroperasi library ni. Tapi ok jugak, sempat jalan2 cuci mata sekitar library. Hahahaha... Masuk2 aje library, rupanya kecik aje. Buku pun tak banyak mana. Tandas pulak mak datuk jauh. Terpaksalah aku pakaikan baby diaper. Aku tengok abang dan baby enjoy pula duduk library. Mana tak nya. Library jenis boleh buat bising. Hahahahaha.... Jom kita tengok gambar yang sempat aku rakam semasa abang dan baby di library.


masing2 bersemangat pegang buku... hahahaha...

bagus juga library sini... siap sediakan kemudahan untuk mewarna....


budak2 ni kalau dah dapat kertas untuk mewarna, apa lagi... warna warna warna.. hahahaha.... so lepas ni selain meadow dan museum, lokasi yang bakal kerap dikunjungi ialah library...

No comments: