Monday 31 May 2010

Mengidam Lagi... Adakah aku....????

Hujung minggu baru ni, lepas attend award ceremony abang, aku ajak bos gi kedai pakistan. Iya lah nak beli ayam dan daging. Tiba2 terjumpa kotak2 mangga yang tersusun cantik aje. Aku pun punyalah terliur macam orang mengidam nak makan mangga. Adakah aku .....??? Takpe nantikan berita terkini kat blog ni ya. Manalah tahu ada rezeki. Hahahaha.... Ok jom tengok brapa kotak aku beli?
satu kotak..... ada 5 biji dalam dia... aku dah siap makan sebiji baru nak tangkap gambar... manis, lembut dan sungguh lah nikmatnya buah mangga from pakistan ni... hahahaha.....

kotak kedua... ada 5 biji juga... ke mana lagi tiga biji??? sudah semestinya aku makan sorang2... hahahahaha.... bos, abang tak layan mangga ni... baby pula kali ni tak nak juga.... so aku perabih kan lah... hahahahhaa... yummyy.......

Wednesday 26 May 2010

Assistant Chef


Assistant2 chef sedang menjalankan tugas masing2... hahahaha... kadang tu seronok, tapi kebanyakan hari sangatlah menyemak bila semua sibuk nak masuk dapur dan nak tolong..... hahahhaa..... dari boleh siap masak dalam 30 minit, jadi sampai 2 jam tak siap2 lagi.... hahahaha.....

hasil kerja tangan chef abang dan chef baby potong..... ni kalau orang datang rumah aku jamu hasil potongan abang dan baby ni, mahu satu keturunan malu..... macam2 saiz di potongnya... yang tak patut masukkan pun dia masukkan juga... hahhhahaha.....

Arthur Seat - Picnic & daki bukit

Weekend lepas, bos ajak picnic lagi. Mula2 bos cakap nak pergi botanical garden. Then tiba2 tak jadi pulak. Bos kata nak cuba singgah arthur seat. Arthur seat ni bekas bukit yang katanya bekas gunung berapi. Susunan batu2 bukit ni sangatlah cantik. Dan dari atas ni seluruh bandar Edinburgh dari setiap arah dapat dilihat. Cantik sungguh. Mula2 bos pikir nak picnic kat bawah aje. Then tergerak pulak nak panjat bukit. Abang dan baby bukan main excited nak panjat bukit. So aku dengan bos pun layankan ajelah. Tapi last2, kami pula yang seronok sampai abang dan baby penat dan minta nak balik. Hahahaha.......


waktu ni dah separuh bukit panjat... penat juga aku..... tapi bila tengok pemandangan ke bawah, cantiknya hilang rasa penat... dan nak naik lagi nak tengok dari atas lagi.....

banyak betul bunga2 warna kuning ni.... tapi sangatlah bahaya....penuh berduri satu pokok.... masa lalu celah2 pokok ni, aku punyalah menjerit suruh abang dan baby hati2... bos tensen aje... hahahaha....


then kami rehat dan makan2..... isi minyak semula setelah penat mendaki..... time picnic ni abang dan baby takut dengan fly.... aku rasa bukan lalat tapi macam seranggan yang terbang2.... kecik aje tapi takutnya budak2 ni macam jumpa harimau.... macamanalah nanti kat malaysia... hahahhaa....


ok, kita sambung pendakian..... hahahha... banyak lagi gambar tapi malasnya nak upload.....

yeah!!!! kami dah berjaya sampai ke puncak......bukan main susah nak ambik gambar ni... ada dekat 10 kali suruh budak2 ni diam2 nak dapat shadow cantik.... akhirnya berhasil juga.... dari kiri, aku, baby, abang dan bos....

ni menghala nak turun.... abang dan baby dah penat..... so yang jadi mangsa ialah bos..... hahahhaa.....


masa turun ni, aku dan bos suruh abang perlahan2.... ialah takut dia berlari kang terguling jatuh bukit.... then aku cakap perlahan2..... abang pula tanya, walk like a penguin mummy??.... aku pun iyakan aje lah yang penting dia turun dengan perlahan.... terus dia buat aksi jalan macam penguin... kita orang ketawa tak henti2 sampailah ke bawah... loyar buruk betul abang ni.... terkedek2 dia turun buat aksi penguin... hahahaha.....

sampai bawah tak nak balik pulak.... so sambunglah kita orang bagi duck, swan dan burung makan...... sampailah petang baru lah kami balik...... puas dan seronok hari tu..... first time panjat bukit ni... best sangat.....

Tuesday 25 May 2010

Ahoi... Pirate....

Jummat lepas abang balik sekolah dia bagi aku sijil ni dan duit emas. Aku pikirkan apa lah, rupanya dia dapat penghargaan sebagai pirate yang behave well dalam kelas. Hahaha.... Sepanjang abang sekolah kat sini, takde pulak exam atau test. Lain sungguh kaedah pembelajaran kat negara sini. Beg pulak penuh dengan makanan bukannya buku. Hahahaha.... Tapi ada perjumpaan dengan cikgu yang mana aku dan bos dapat feedback prestasi abang. Lain sungguh kaedah kat sini. Tapi apa2 pun, so far alhamdulillah abang banyak improve. InsyaAllah weekend ni abang akan dapat award. Nanti aku buat entri khas pasal award tu. Apa2 pun jom kita tengok duit emas yang abang dapat.


ni sijil yang abang dapat.....

ni lah duit emas yang abang dapat.... baby pulak bila nampak duit ni, dia suruh abang buka... dia pikir coklat duit... hahahahaha.... bos tanya semua ke yang dapat.... abang cakap group dia aje.... kembang hidung bos sekejap... hahahahaha......

Boiler baru

Sejak dari akhir bulan March lagi boiler rumah ni rosak. Dan selama dekat dua bulan jugalah aku dan bos membasuh pinggan mangkuk menggunakan air sejuk. Nasib lah baik bukan kena pada musim winter. Tapi sejuk jugalah walaupun musim bunga. Dan selama dua bulan juga kami minta tuan rumah betulkan. Tak betul2 juga. Dan akhirnya minggu lepas datanglah seorang electrician ke rumah. Alhamdulillah rumah dah kembali ada air panas. Kami dah biasa sangat dengan tuan rumah ni. Iye lah dah dekat 4 tahun duduk rumah dia. Dah menjadi kebiasaanya kalau ada apa2 yang rosak, makan berbulan nak dia baikinya. Ok, kita tengok apa rupa boiler lama dan juga boiler baru.


nilah boiler lama.... mula2 electrician ni cakap nak cari spare part je.... then dia kata harga spare part lagi mahal dari yang baru... tu yang dia tukar baru tu......


inilah rupa boiler baru rumah ni..... berselirat paip2 bawah sinki ni......

tengah si electrician ni pasang boiler, aku ternampak ada satu lubang besar belakang boiler ni.... aku agaklah, ini lubang mesti menjadi pintu keluar dan masuk cik T kerumah ni..... nasib baik lah tak bela pet hamster atau tikus kat rumah ni... kalau tidak, dah jadi sahabat karib dah dengan si cik T pendatang dari lubang besar ni.... nanti aku nak buat operasi nak tutup abis lubang ni.... hehehehe....

Monday 24 May 2010

Biskut Hup Seng

Al-kisahnya, dah lama sungguh bos mengidam nak makan biskut cicah air teh. Tapi biskut idaman bos ni biskut hup seng ni. Sebelum jumpa biskut hup seng ni, aku ada juga beli biskut cracker kat tesco. Tapi bos kata tak sesedap yang macam kat Malaysia. Memang betul pun sedap biskut yang cap hup seng atau cap ping pong ni. Dia ada lemak dan berminyak sikit. Yang dijual kat sini kering dan tawar aje. Then ada sehari tu aku terjumpa biskut hup seng ni kat kedai cina. Bawa balik, bos pun teruslah bersila dan cicah dengan air teh. Nikmatnya kami mengadap biskut cicah air teh yang dah dekat 4 tahun kami tak rasa. Kalau kat Malaysia dulu, selalu juga makan biskut cicah air teh ni malam2 sebelum tidur sambil sembang2 dengan bos. Hari tu makan dengan bos cicah air teh, terkenang masa dolu-dolu. Hahahaha....


akhirnya jumpa juga biskut ni kat tanah inggeris ni... hahahaha.....

tu dia, siap bersila dengan kain pelikat lagi makan biskut cicah air teh.... hahahaha.... memang makan waktu abang dan baby tidur.... nak kembalikan nostalgia dolu-dolu... hahahaha...

Summer datang lagi

Sehari dua ni cuaca sangatlah menarik. Panas yang sedap2 aje. Suhu ada dalam 24 degree celcius (max). Rasanya masih belum masuk summer lagi kalau nak ikutkan, tapi cuaca macam dalam musim summer. Sama juga masa winter baru2 ni. Awal juga snow turun dan lebat bukan main. Apa2 pun, semakin hari di sini semakin lah menarik cuacanya. So kalau cuaca dah menarik, ruginya kalau duduk dalam rumah aje. Kami kalau tak ke meadow akan ke park di serata Edinburgh ni. Tapi kali ni tak sangka tergerak sampai naik ke bukit siap picnic lagi atas bukit. Tu nanti aku buat entri lain. Entri kali ni nak bezakan suasana di meadow sehari sebelum cuaca panas dengan esoknya cuaca yang sangat panas. Ok kita tengok gambar yang sempat aku rakam.


sehari sebelum cuaca mula panas.... lengang aje meadow... tak ramai orang.... abang dan baby siap boleh guling2 lagi beraksi.... hahahaha....

hari pertama suhu mencecah lebih 20 degree celcius..... punyalah ramai orang di meadow... asap sana asap sini.... semua dok ber bbq..... macam ada pesta pulak.... nanti aku update pulak entri kami picnic atas bukit..... bukan picnic aje, siap panjat dan daki merentas bukit.... nasib baiklah balik rumah anak2 ok.... alhamdulillah....

Friday 21 May 2010

Taktik baru Abang

Senyum ada makna baby ni.... Senyum nak merampas laptop dari abang.... hahahahha..... Tapi, Abang dah ada taktik terbaru untuk memastikan queen of the house tak kacau dia nak main games kat komputer. Antara ayat2 yang dia guna ialah:


'baby, i am playing a scary games.... it is for a grown up boy.... go away....' atau pun abang akan cakap 'baby, there is a spider on the keyboard....' maka, baby pun akan takut dan akan membawa diri... hahahahha.....

gigit jari lah baby tak dapat nak main laptop... hahahahaha...... kesian anak mummy ni.....

Thursday 20 May 2010

A B C

Breakfast yang simple tapi abang dan baby sangat suka.... Sebabnya, bukan nak makan sangat tapi nak main dengan chips alphabet ni.... Layan kan aje lah.....
sedap sungguh chips alphabet ni.... hahahaha..... kalau bukan alphabet mesti tak sedap agaknya.... dah nama budak2 kan.....


tengoklah tu baby, bukannya dia makan, tapi dibuat main chips ni.....

Boot terbaru Queen of the House

Ada satu kedai depan rumah ni dah nak tutup. Semua benda dia jual dengan sangat murah. Termasuk lah boot untuk baby ni. Aku pun beli lah. Punya lah dia suka. Sepatutnya boot ni dipakai diluar rumah dan dalam waktu hujan. Tapi sebagai Queen of the house, ikut suka dia lah nak pakai bila kan. Sepanjang hari pakai boot baru dia ni. Aku rasa akan bertahan dalam 2 atau 3 hari aje dia pakai boot ni. Lepas ni, boot ke mana, dia ke mana.


siap ada tangkai boot baby ni.... nasib baik takde saiz kaki aku, kalau tak.....


time makan pun pakai boot.....


time nak tidur pun pakai boot..... dah namanya queen kan... mana boleh ditegur... hahahahha....

Wednesday 19 May 2010

Jemput Makan

Inilah hasilnya setelah membawa balik barangan nak masak nasi tomato dengan kotak. Hahahaha... Jemput makan ye....



nasi tomato.... macam 10 orang nak makan....


lauk ayam masak merah kegemaran bos.....


ayam goreng untuk abang dan baby....

salad, timun dan tomato
paceri nenas..... bos makan sampai licin pinggan tak complaint apa2.... amin.....