Wednesday 30 June 2010

Ahoiii Pirate....

Ni pun cerita dah lama terjadi. Takpe lah kan. Asalkan ada modal untuk aku jadikan entri. hahahaha.... Ok, ni kisah abang ke beach. Sempena tema pirate yang menjadi tema pengajaran dalam kelas abang sepanjang term ini, ada satu lawatan di buat ke yellowcraig beach. konon2 nya lawatan nak mencari harta karun kat pantai oleh para lanun kelas abang ni lah. hahahahaha... Siap kena pakai costum lagi. Dan seperti biasa, bila ada costum2 ni, bos lah paling over. Dia kalau boleh nak anak dia lengkap dan ikut tema. hahahahaha... Aku layankan ajelah. Ok mari kita tengok costum apa abang dapat.....


Ahoyyy pirate.... I am pirate abang... hahahaha... ni lah costume yang bos belikan untuk abang.... lengkap dari atas sampai ke bawah.... jadi pirate of the carribean abang kejap.....

sampai sekolah, tak ramai yang pakai over sangat.... tapi abang cool aje... dia lagi suka kalau dapat perhatian.... hahahahaha....
then kawan baik dia datang.... rupanya lagi over.... siap bawa treasure chest lagi.... nasib baik ada kawan yang over costume dia... hahahaha....
balik dari trip ni, abang dapat banyak gold coins..... rupanya dia berjaya dapat cari banyak treasure.... siap bahagi sama rata gold coins tu kat aku, baby dan bos... hahahaha.... kaya akak kejap dapat gold coins yang takde nilainya... hahahahaha....

Baby collection

Rajin lah pulak aku nak buat entri. Ok kali ni kita citer pasal baby pula. Dalam entri yang lepas, aku ada cakap yang baby ada pencapaian yang membanggakan. Pencapaian tersebut ialah.... jeng jeng jeng jeng........ Baby dah stop pakai diapers. Yahooo.... Orang yang paling gembira ialah bos. Sebab dah tak payah beli diapers. Jimat jimat. Hahahahaha..... Tetapi orang yang paling merungut ialah, bos juga. Sebab tiap kali nak ke tandas, baby mesti nak pergi dengan bos. Tak nak dengan orang lain. Penat lah bos. Hahahahaha....
Eh entri ni sebenarnya nak cerita pasal koleksi barang2 baby ni. Mula2 dulu aku belikan baby ni patung. Then kemudian, bos belikan baju dan stokin. Lepas tu, aku belikan raga tempat tidur baby ni. Lepas tu, bos pulak belikan walker dan katil baby ni. Hahahahaha..... So, sudah lengkaplah barang2 koleksi untuk baby doll baby ni. Dah macam baby betul pulak gayanya. Lengkap semua barang keperluan. Hahahaha... Ok kita tengok baby melayan kerenah baby doll dia.


alah rajinnya dia tidurkan baby doll nya... hahahahaha.....


bermain dalam walker bersama baby dollnya... hahahaha....
p/s: ketika entri ini ditulis, baby doll sudah memejam kan mata. tak nak buka2 mata dia dan tak nak nangis serta ketawa. abang siap cakap, baby doll dah die. hahahahaha... aku pun mula2 cuak juga. rupanya bateri baby doll ni dah kong kalikongggg... hahahahaha.....

Tuesday 29 June 2010

Summer Fair

Ke mana lah semangat nak update blog ni. Hahahaha.... Ok hari ni aku cuba bersemangat kembali. Kali ni dengan cerita di sekolah abang. Pada bulan lepas (nampak sangat dah lama tak update blog... hahaha....), sekolah abang ada menganjurkan summer fair. Summer fair ini dianjurkan sempena mengutip dana bagi membeli keperluan sekolah. Ada macam2 gerai dibuka oleh setiap kelas di sekolah ini dan juga gerai usaha ibubapa pelajar sekolah ini. Macam2 aktiviti yang menarik perhatian abang. Serta macam2 jenis makanan ada yang juga menarik perhatian abang. Ok kita tengok sikit gambar di summer fair tu.


semua benda abang nak main dan makan.... kopak duit syiling bos... hahahahaha......

antara permainan yang abang main.... ada lagi gambar, tapi disebabkan tahap kerajinan belum mencapai maksimum..... so ini sajalah gambar nya dulu ye... hahahaha.....

Friday 25 June 2010

Abang . Baby .

Kita mulakan hari cergas ini dengan menatap wajah dua insan yang paling aku sayang. Dah lama anak2 mummy tak muncul dalam blog ini. Semenjak dua menjak ini, aku gila memakaikan budak2 ni baju yang sama. Macam orang yang ada anak kembar. Agaknya teringin nak anak kembar kot aku ni. Hahahahaha... Ingat lagi masa mengandungkan abang. Dalam 4 bulan pertama, doktor siap cakap yang kemungkinan akan dapat kembar sebab perut besar sangat. Bukan main terkejut bos dan aku waktu tu. Tapi jangkaan doktor silap. Rupanya aku yang mengembang besar sangat. Bukan ada dua baby dalam perut. Hahahaha.... Suspen aje waktu tu.


comotnya anak2 mummy baru bangun dari tidur....
eh baby ada perkembangan terkini..... nanti aku citer kat entri lain.... perkembangan positif yang sungguh menjimatkan.... hahahahha.... aku dan bos cukup gumbira bab ni.... nanti ek lain entri aku cerita... hahahaha....

Ku kembali.....

Beginilah aku (macam bear kat atas ni) sejak hampir dua minggu lepas. Letih, penat dan lelah (kat sini aku belajar omputih selalu sebut 'i am knackered'. maksudnya sangat penatlah tu. mula2 terpinga2 aku, apa kebenda maksudnya. hahahaha....). Bila sindrom ini semua melanda diri, aku pun mulalah mengabaikan perkara yang bukan keutamaan. Antaranya blog kesayangan aku ni. Tapi hari ni sempena penghulu segala hari, aku kembali bertenaga. Akan ku cergaskan diri dan kembali bertenaga untuk buat bukan sahaja perkara yang penting tetapi perkara2 yang kurang penting seperti up-date blog dan sebagainya. Tunggguuuuuu.........

Sunday 13 June 2010

Ice cream lagi



makan ice cream lagi ni... kali ni makan kat thorntons..... kedai ice cream kegemaran abang dan baby.... kalau tanya nak makan ice cream, mesti nak makan kat thorntons... ajak makan kat McD ke atau KFC ke, tak nak... kecik2 dah pandai memilih anak aku ni.... hahahahah..... kedai ni ada menjual coklat juga..... pelbgai jenis... sedap2 belaka....

Saturday 12 June 2010

Iphone 4G

Keluaran terbaru iPhone 4G. Aku dah beli satu. Tapi aku tak nak pakai dulu so aku bagi baby pakai dulu. Hahahahaa.... Tengoklah baby melaram dengan iphone 4G baru dia.



hahahha... bertuah kalau aku ada iPhone 4G then bagi baby pakai dulu.... hahahahaha...... ni iPhone 4G versi baby.... layankan aje lah... hahahaha....

Friday 11 June 2010

Flip Flop....

inilah sandal aku musim summer kali ini... simple aje.... bestnya kalau selalu keluar rumah boleh pakai sandal... senang, ringkas dan mudah..... baby pulak mestilah yang warna pink.... tapi baby still nak kena pakai socks... kalau tak kaki akan terjerumus keluar dari sandal nya... hahahahaha....

Apa sudah jadi!!

banyak pulak entri hari ni.... takpe sempena hari jumaat, penghulu segala hari dan hari aku tak kerja... hahahahha..... ok, cuba teka sapa ni? kenapa muka jadi macam ni? apa sudah jadi?? tolong!!!!! hahahahahaha......

Ice Cream Lolly

Alhamdulillah, semalam dah mula panas semula. Matahari sudah kembali menyinar di bumi Edinburgh ni. Lega sikit. Macam ni lah baru dinamakan summer season. Memang menjadi kebiasaan kalau musim summer ni, anak2 aku akan minta dibelikan ice lolly. Alasan yang diberi ialah ada sunshine. Sebab tu boleh makan ice cream. Kalau hujan atau sejuk tak boleh. Kalau macam ni, nanti kat Malaysia panas terik, kenalah asyik makan ais krim aje lah. Hahahahaha.....



bos pun tumpang sekaki makan ice cream sebelum gi sekolah... hahahaha....


sekotak ice cream ini berharga 2 pound.... dalam dia adalah dalam 15 batang aiskrim..... tahan 2 hari aje sekotak ni.... budak2 rumah ni pantang nampak ice lolly dalam fridge.... maka, lawatan ke peti sejuk akan kerap dilakukan dalam sehari... hahahaha.....

Pembantu rumah

Entri kali ini kena dibaca dalam slang indonesia ya!
Ketepi bu.... ketepi bu..... saya mau vakum rumah ini.... Ibu jangan ribut2 di sini ya.....


waduh2...... rumit sungguh mau bersihkan rumah ini... ketepi bu... ketepi bu.... udah2lah ngetip fotograf nya...

Hahahaha. Sekarang semakin mudah kerja aku. Kurang dah sikit kerja di rumah. Ramai pembantu lah katakan.

Thursday 10 June 2010

My painting

gi playgroup semalam.... inilah hasil yang baby buat..... spider..... kali ni sempat tunjuk kat bos sebab bos balik awal... kalau tak, mesti tertidur menunggu bos balik sebab nak tunjuk painting dia... hahahahha....

yang atas tu nampak juga spider.... yang bawah tu macam monster aje.... takut pulak aku tengok... hahahaha......

Hujan oh hujan

Percaya tidak kadang kala mood seseorang sedikit sebanyak dipengaruhi oleh cuaca. Sejak dua menjak ni sungguhlah lembab cuaca di Edinburgh ni. Sejuk hujan lembap, sejuk hujan lembap. Inilah summer di Edinburgh. Summer yang tidak kelihatan mataharinya. Cuaca lembap aku pun sama lembab. Hahahaha.....
Tapi dalam cuaca macam ni ada dua orang budak sungguh seronok (budak2 ni tak kira apa cuaca pun dia seronok). Apa tak seronoknya, time hujan ni lah dapat peluang dia orang nak pakai payung berwarna warni dia orang. Hahahahaha.....


baby dengan payung butterfly nya..... dan abang dengan payung bees nya....



willie boots pun dah siap pakai.... macam hujan lebat sangat budak2 ni..... hahahaha.....

Wednesday 9 June 2010

Pencinta Sayur

Ada satu hari tu, sedang aku leka duduk kat kerusi, tiba2 aku tengok baby pergi ke tudung salji. Diam2 dia angkat tudung salji. Aku pulak dengan segera ambik kamera. Click click click, macam mamarazi aku. Hahahaha.....
Rupanya dia dok makan sayur. Hahahaha... Dah pandai baby ambik sendiri makanan atas meja. Dan dah semakin pandai dia makan sayur. Ini bermakna, dah besar dah anak mummy ni. Bos selalu menyakat aku. Dia kata, dia dan abang tak makan sayur tapi kulit bersih cantik takde eczema. Baby makan sayur banyak2, tapi kena eczema. Tensen aje aku dengar bila dia menyakat aku. Geram pun ada. Hahahahaha.....


dah pandai buka tudung salji sendiri kalau lapar..... semakin kuranglah kerja mummy... hahahaha.....


makan banyak2 ok baby.... biar kulit lagi cantik dari daddy... hahahaha.....

Tuesday 8 June 2010

Baby's 3rd Birthday

Hari ahad lepas, birthday baby ke tiga tahun. Kami sekeluarga meraikan dengan cukup ringkas tetapi kelakar. Mana tak nya, puas suruh abang simpan rahsia, tapi asyiklah dia bagitau yang ada surprise untuk baby. Siap asyik sebut kek, present dan nyanyi lagu birthday. Susah sungguh nak suruh abang simpan rahsia. Hahahaha....


kek bos beli kat ASDA......


puas suruh baby duduk kat depan jangan masuk dapur tapi dia tetap juga nak masuk dapur... hahahahha.... akhirnya tak sempat nak surprise dia sudah nampak lilin menyala diatas kek... terus dia tiup... tak sempat nak duduk... hahahahhaa....


last2, paksa duduk baru nak duduk... ni tiupan lilin kali yang ke 10 aku rasa... hahahahha....

mentang2lah kek birthday dia, ikut suka dia nak makan macamana pun.... hahahaha.....
ok baby, mummy doakan semoga baby menjadi anak yang solehah dan semoga berjaya bukan sahaja di dunia... di akhirat juga.... we love you baby....

Friday 4 June 2010

Kedai Bos ku

Minggu ni sempat aku singgah kedai bos. Iye lah, dah jadi isteri taukeh kedai, kenalah tiap2 hari gi kedai. Check apa yang patut, bebel pekerja apa yang patut dan pastikan keuntungan aku kutip tiap2 hari. Jom tengok kedai bos.


cantik tak display kedai bos??

isteri taukeh kedai sedang berposing.... hahahahha......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
bestnya kalau bos ada kedai kat UK ni.... tiap2 hari masuk kepala queen dalam beg aku.... hahahahaha...... nak mimpi lah malam ni jadi isteri taukeh kedai joe.... hahahahaha......

KUMON achievement

KUMON ni aku sebenarnya tak pernah tahu pun. Bila mula2 bos bagitau, aku ikutkan aje. Kalau itu yang baik untuk anak2, aku ikutkan aje. Sebenarnya mula2 aku dengan bos agak terkejut dengan sistem KUMON ni. Kami mulanya pikirkan macam sistem tuisyen. Cikgu yang mengajar. Tapi sangkaan kami silap. Rupanya sebulan yang kami bayar tu hanyalah untuk worksheet yang dia beri. Yang kena duduk mengajar anak ialah ibu dan bapa. Kelas seminggu sekali sahaja dengan cikgunya dan untuk ambik serta pulangkan worksheet. Mula2 agak terkilan tapi dah lama2 baru nampak keberkesanannya.
Rupanya lain bila lepaskan kat cikgu dengan sendiri mengajar. Aku tengok bila bos mengajar abang, bukan sahaja waktu formal masa nak siapkan homework, tapi waktu tak formal juga bos mengajar. Contohnya, waktu berjalan nak shopping, bos ada tunjukkan contoh kat abang apa yang ada dalam worksheet tu. So abang lebih faham. Tak lah abang asyik nak menghafal sahaja.
Abang mula dengan KUMON dari level 6A english. Alhamdulillah sekarang dah sampai level 1A. InsyaAllah kami nak teruskan jika balik ke Malaysia. Maybe nak masukkan Math sekali.

setiap kali abang naik satu level, akan diberi certificate ni dan feedback dari instructor..... selain hadiah2 yang sememangnya dinantikan oleh abang... hahahaha.....

contohnya hadiah ni... padahal berlambak dibelikan, tapi bila dapat hadiah hasil usaha dia sendiri, bukan main sayang dan seronok dia.....
selain daripada itu, setiap kali abang dapat siapkan homework dalam waktu musim cuti sekolah, abang akan dapat sijil lagi...... aku memang recommend kat sesiapa yang nak masukkan anak2 dia KUMON..... walaupun aku tak dapat percent hasil recommendation ni.... hahahahaha.......