Friday 30 April 2010

Window Shopping

Mula2 cadangnya nak jalan2 saja. Tapi akhirnya tewas juga. 'Ter' beli juga. Hahahaha....


Aku berkata: baby sunglasses lah. try baby. which one baby like?


'how about this one mummy?' kata baby
'i like it' kata baby lagi.
sila abaikan muka aku yang bulat bagai nak rak tu yer... hahahaha....


'ok mummy, jom bayar' kata baby lagi.

'cantik tak?'.... hahahahaha....... menjadi milik ku jua.... hahahahaha.....

Thursday 29 April 2010

Ukur baju di badan sendiri

Kejadian berlaku dua hari lepas. Tengah serius bos mengajar abang buat homework, tiba2 bunyi prakkk!!!! Kuat pulak tu. Then abang ketawa terbahak2. Aku pulak panik. Rupanya abang ketawakan bos sebab 'tut' bos termasuk dalam kerusi. Rupanya bos sudah rosakkan kerusi homework abang. Hahahahaha.... Sejak dari dulu lagi aku dah bising kat bos, jangan duduk. Tu kerusi untuk budak2. Tapi bos cakap, takpe, badan dia ringan. Akhirnya.... Hahahahaha.....


kesian ada, geram ada dan kelakar pun ada bila tengok 'tut' bos termasuk dalam kerusi ni. hahahhaa.... harap2 lah bos tak baca entri ni... dia tengah sibuk ni... hahahaha....

Mahkota Queen yang terbaru

Entri pasal baby lagi ni. Haahahahaha.... Queen kat rumah semalam sudah mendapat mahkota baru.
Designer mahkota: Disneyland Edinburgh.
Buyer: Sapa lagi kalau bukan aku. Hahahaha....
Tukang bebel dan marah sebab beli crown ni: Bos ku.



cantik tak mahkota baru ini??? kepunyaan queen control bernama baby.... hahahaha.....

Wednesday 28 April 2010

Sarapan dalam bergaya

Apa dah jadi dengan baby sekarang ni. Bos dah start bising. Aku pun naik pening. Asyiklah nak melawa aje. Tengoklah, sampaikan nak breakfast pun nak pakai cantik2. Aduh.......

semuanya sekarang nak kena ada princess..... baju princess, cawan princess, pinggan princess, crown princess..... nasib baiklah makanan dia tak minta yang chop princess.... kalau idak, pening aku dibuatnya......



nampak ke baby oiii nak makan tu kalau dah pakai sunglasses.... hahahaha.... lagi satu baby ni kalau boleh semuanya nak pink.... itu pink, ini pink..... pening aku......

Bekalan harian bos

Asyik entri pasal anak aje. Kali ni kita bagi ruang kat bos ku pula. Hehehe...
Entri ini berkaitan pasal bekalan bos ke sekolah. Rutin harian aku setiap pagi selain menyiapkan abang ke sekolah ialah menyediakan bekalan untuk bos bawa dan makan di sekolah. Hari2 nak kena tukar menu bekalan ni, kalau tidak bos akan merajuk. Hahahahaha..... Kadang tu lebih mudah melayan anak2 dari bos yang sorang ni. Tengok aje lah hari ni aku bekalkan bos apa.

snack ni kena ada.... bos cakap kalau takde, otak tak boleh bekerja... hahahaha....
menu hari ini, mee hoon goreng dan kentang sambal... sambal ni mesti ada..... kalau takde bos akan merajuk dua puluh hari... hahahaha.....


dah siap...... bekalan abang ke sekolah pun tak sebanyak ini.... bos selalu cakap dengan aku, bekalan mesti mengikut saiz badan.... saiz badan abang kecik, so bekalan kena kecik.... hahahaha.....

Tuesday 27 April 2010

Queen Control Menganas Lagi-Siri 3

Kejadian berlaku pada suatu tengahari musim bunga di meadow. Ikutilah kisahnya.... Hahaha....


Abang berkata: 'baby don't play with my ball.... pass me the ball'

'no.... no.... catch me if you can...', kata baby.

'baby, i am very cross now... pass me the ball', jerit abang.

abang terus geram tak tahan, terus lari nak ambik bola dia.....

'you can't catch me', ejek baby lagi.... makin panas lah hati si abang... hahahaha....

'catch me if you can', lagi baby mengejek...

bos pun masuk campur... suruh baby bagi ball kat abang..... tapi......

being a queen control...... tetap juga dia tak nak bagi.... hahahahhaa.....

itulah drama di tengahari musim bunga...... hahahahha......

Edinburgh's Tram

Ok hari ni aku nak citer sikit pasal Edinburgh. Iyelah kan, asyik2 citer pasal baby, abang, aku dan bos. Kang naik bosan pulak.
Nak citer sikit pasal pembinaan laluan tram kat Edinburgh yang sedang rancak ni. Tram ni akan menghubungkan Edinburgh Airport, City Centre sampailah ke Leith Walk kalau aku tak silap. So lepas ni kalau ada sesiapa nak datang Edinburgh, boleh lah naik tram ni. Tapi tram ni akan siap pada 2011. So secara rasminya tidak sempatlah aku nak merasa naik tram ni. Nak merasa naik sekarang boleh sebab tram nya dah ada, tapi nak merasa naik sambil ia berfungsi tidak sempat kot. Hahahahaha.....


inilah tram yang aku maksudkan tu.... laluan nya tak siap pun lagi, tapi tram nya dah ada.....


ramai juga yang merungut sekarang ni sebab pembinaan laluan tram ini telah menyebabkan kesesakan di bandar Edinburgh ni.... laluan bas semua telah dipinda dan ditukar disebabkan pembinaan tram ni.... dan banyak jalan ditutup.... huhuhuhu......

Lawatan Muhibah

Alamak, dah dua hari blog ditumbuhi lalang dan bersawang. Bukan apa, dua tiga hari ni sibuk sikit membuat lawatan muhibbah seperti gambar di bawah ini. Hahahahaha.... Melawat aje ye bukan membeli dan membelah. Hahahaha....

Saturday 24 April 2010

Naik Bus

Lama sungguh abang dan baby dah tak naik bus. Setiap kali keluar, abang akan tanya kenapa tak nak naik bas. Hahahahaha...... Ialah dulu dekat 2 tahun lebih abang sentiasa naik bas. Sebab masa tu kami tidak berkereta di sini. So agaknya abang rindu kat bas driver tu kot. Hahahaha.... Ada sehari tu, aku nak ke Cameron Toll. Bos cakap dia boleh hantar kalau aku nak. Tapi aku cakap, tak yah lah sebab nak naik bas. Bukan apa, nak melepaskan rindu abang kat bas tu. Hahahahha.... Tengok ajelah betapa seronoknya abang nak naik bas. Hahahhaa.....



abang di atas bas...... kena duduk sorang2 sebab aku kena temankan baby.... hahahaha.....


senyum sokmo baby dapat naik bas... hahahahhaa.....


upah sebab behave dalam bas... hahahahahha.... then balik aku pun call lah bos suruh ambik... hahahahha..... punyalah malas nak naik bas kan... hahahahhaa... melampau aku ni... hahahaha.....

Friday 23 April 2010

Cuci Kereta

Aktiviti mingguan dan kadang kala bulanan bos (ikut kekotoran kereta). Time cuci kereta nilah, abang dan baby paling suka. Sebab cuci kereta kat sini jenis yang kita duduk dalam kereta, then lalu kat dalam mesin. So nampaklah air, sabun dan berus lalu mencuci kereta. Baby dan abang tak pernah jemu nak ikut pergi cuci kereta. Hahahahaha..... Dan lepas mencuci biasanya bos akan vacum kereta.


Time vacum ni lah baby dan abang akan kutip segala batu2 yang ada kat sini. Aku rasalah, kalau bertahun aku duduk sini dan datang cuci kereta, mau habis batu2 ni dikerjakan oleh abang dan baby. Togel jadinya nanti. Hahahahha......

Thursday 22 April 2010

Abang Semakin Lasak

Cepat betul masa berlalu. Diam tak diam, dah besar abang. Aku ingat lagi dulu waktu bawa abang ke playground. Semua nak dipimpin. Nak panjat kena tolong, nak naik tangga kena bantu, nak slide kena pegang tangan. Tapi sekarang ni, dah boleh buat sendiri. Tak payah dibantu. Dah ada confident sampaikan aku nak seriau tengok aksi memanjat abang. Hahahahaha.... Tengok ajelah ye.....

aku rasalah, tak lama lagi, baby akan mengikuti jejak langkah abang.... hahahahha.....


gayut bang, jangan tak gayut..... hahahahahha......

Stunt Baru

Gambar ni bos yang ambik. Masa ni aku bertugas. Bos cakap kat aku yang baby berjaya meniru aksi gelungsur abang. Tengok aje lah aksi stunt baru baby hasil tunjuk ajar abang dia. Hahahaha......


Bos cakap, start dia boleh buat aksi ni, terus dia tak nak slide sambil duduk.... hahahaha.......


dengan bangganya baby menunjukkan aksi slide meniarap... hahahahahha.....

larat ke abang nak pusingkan baby ni??? hahahahaha.......

Wednesday 21 April 2010

Percubaan Pertama

Dah berapa kali aku minta bos ajarkan buat video. Dari sehari ke sehari aku menunggu, bagai menunggu buah yang tak gugur2. Hahahaha... Dan akhirnya ilmu membuat video telah diturunkan kepada aku. Hahahahaha.... Tengok ajelah percubaan pertama aku. Ending dia ada sikit tak betul. Takpe aku akan usaha lagi. Hahahahaha...... Syok pulak buat video ni. Naik leka aku. Ok, layan lah video hasil titik peluh aku yang pertama ini. Hahahahaha.... Layannnnnnnnnnnnnn...........

Spring is on the air

Gambar bila ntah ni aku ambik. Seronok sungguh time ni sebab tak payah berjaket semua. Cuaca sungguhlah panas memancar. Tapi tak ler panas berbahang. Panas macam panas pagi jam 6 pagi gitu kat Malaysia. Bestkan......... Tapi panas mcm ni pun abang dan baby dok mengeluh. Panas, panas, panas..... Hai, macamanalah nak duduk Malaysia ni abang dan baby!!!!


tak nak buka topi... panas kata baby... hahahahha.....



siap buka2 kasut ko main ya abang...... jangan balik Malaysia nanti dok buka baju berjalan sudah.... hahahahaha.......