Wednesday 31 March 2010

Klinik Dr Baby - Dibuka 24 Jam

IKLAN PERCUMA:
(Iklan ini disiarkan khas kepada anda dari Blog A.N.D.A.K)
Ni nak bantu seorang doktor yang baru buka klinik. Dia nak war2kan yang Klinik Dr Baby akan dibuka setiap hari 24 jam. Bayaran percuma (kalah klinik 1Malaysia ok) dan klinik ni merupakan klinik pakar kanak2. Doktor dia doktor pakar kanak2 yang terkena seantero dunia. Ni ada contoh bagaimana Dr Baby menjalankan rawatan pakarnya yang diberikan PERCUMA. Datang jangan tak datang.

inilah Dr Baby yang aku maksudkan tu... doktor pakar kanak2 ok... hahahahha..... tengok lah betapa pakarnya dia merawat pesakitnya......
ok, saya nak check perut awak pulak ya.....


tarik nafas...... ok... tarik nafas lagi.....
hahahahha.......

Hadiah misteri on its way!!!

Alhamdulillah, petang tadi dah selamat bos pos kan parcel yang mengandungi hadiah misteri untuk pemenang hari tu. Orang kampung aku juga - Liya. So, Liya tunggu ya. InsyaAllah dalam 2 minggu akan sampai. Aku guna registered parcel mail dan ada tracking number. So boleh tahu dah sampai ke tidak. Anyway, kalau sudah sampai bagitau aku ya.
Sebenarnya nak hantar isnin lepas tapi bos dok cakap nanti dulu. Rupa2nya dia nak tambah hadiah. Memang murah rezeki kau Liya. Berduyun2 hadiah ko dapat. Hahahahhaa.... Enjoy!!!

aku tidak ler padam alamat kau masa hantar.... ni aku padam takut ada orang culik kau nanti kat rumah..... hahahaha......


Tuesday 30 March 2010

Makan spaghetti

Hari tu aku masak spaghetti kegemaran abang dan baby. Punyalah tak sabar nak makan, aku letak semangkuk terus dua2 berebut nak makan. So aku pun biarkan lah dia makan semangkuk. Mana tau berkat makan semangkuk, kekal dia baik adik beradik sampai akhir hayat. Tengok aje lah telatah budak2 dua orang ni. Macamlah tak makan bertahun2. Padahal, spaghetti ni hampir tiap2 hari aku masak.

dua-dua tak sabar nak menikmati spaghetti.. hahahahha....


abang marah, siap cakap: "why you always take photo... i am having my food.... stop taking photos!!"...... lebih kurang gitulah dia cakap..... marah sungguh.... hahahahaha.....


tak abis dimakannya selepas 3 kali bertambah dan berkongsi semangkuk spaghetti......

baby seperti biasa, kalau tak comot, tak sah...... hahahahaha......

Hari tu aku ada buat entri pasal aktiviti abang siri 3. Puas aku cari video yang dia minat nak main violin siap pakai hanger dan guitar kecik dia. Akhirnya jumpa juga aku. Hahahahaha.... Tengok aje lah ya. Jangan ketawakan dia. Inilah satu2nya bahan yang bakal menjadi nostalgia dalam hidup abang. Hahahaha....

Sunday 28 March 2010

Oh Baby

Aduh pening kepala aku. Baby dah pandai melawa. Macamana ni. Agaknya dok selalu tengok aku, dia pun dah sibuk mengikut apa yang aku buat. Pantang nampak lip gloss ke, lipstic ke, mascara ke, abis semua dia nak pakai. Pening2... Hahahaha.... Tengok ajelah aksi baby bersolek. Hahahaha...

mula2 melawa, pilih baju sendiri, pakai accessories.... sekarang ni overlah pulak..... sibuk nak make-up pulak.... pening kapala.. hahahaha......

British Summer Time

Pagi2 lagi bos dah ingatkan aku yang hari ni nak kena adjust waktu. Nak kena percepatkan sejam. Habis satu rumah nak kena buat. Jam dinding, jam tangan, jam handphone, jam komputer, jam laptop dan segala mak nenek jam. Dah bertahun2 aku duduk negara UK ni, time nak kena tukar waktu ni ler yang leceh. Ni baru rumah yang kecik lagi sempit. Orang yang rumah bagai istana tu yang penuh jam setiap bilik, macamana lah agaknya ya. Hahahaha....

Bertukarnya jam, bermaksud dah semakin panjang lah cerah. Nanti summer ada sampai jam 9 malam masih cerah lagi. Time ni ler susah nak suruh anak2 tidur. Seperti biasa abang akan argue dengan aku bahawa hari masih cerah, kenapa nak kena tidur. Hahahaha. Tapi sekarang dia dah tahu tengok jam, harapnya tahun ni tak ler dia argue benda yang sama.

Ok, bagi rakan2 di UK, sila lah tukar waktu ya. Nanti lambat pula hantar anak ke sekolah. Rakan2 di luar UK, jangan nak pandai2 ubah waktu. Kalau nak ubah juga, sendiri tanggung ya. Hahahhaa.....

Thursday 25 March 2010

Bunga sudah berkembang

Hari tu aku ada buat entri pasal musim bunga. Then aku gunalah gambar2 koleksi pokok bunga bos. Dia siap suruh aku bayar lagi sebab ambik gambar dia. Dia kata ada copyright ler. Kalau tak bayar, dia nak saman.
Ek eleh.... macam cantik sangat gambar yang dia ambik. Ni i punya pun ada ler (siap ambik sendiri ni). Hahahahaha..... Ni semua gambar bunga aku ambik tahun ni dan nak lebih spesifik lagi minggu ini. Tak yah dah pakai gambar bos yang copyright tu. Eksyen.... Hahahahaha.....
Tengok ye gambar bunga yang i ambik ni, lebih cantik dari yang copyright. Hahahahaha.....




aku nak tanya bos nama2 bunga ni.... tapi takut nanti dia minta bayaran lah pulak..... haahahahahha....

kat sini paling seronok aku perhatikan pokok2 nya..... sungguh besar kejadian yang Maha Esa ni..... waktu musim luruh, dia tiupkan angin sekuat2nya untuk luruhkan daun dan bunga2 di pokok.... then pada musim sejuk pucuk2 daun dan bunga mula nak keluar (seperti gambar di atas)...... then musim bunga, berkembang lah pucuk2 itu menjadi bunga dan daun.... sampailah ia luruh dan kering pada musim panas...... indahnya kejadianNya yang satu ini.... ni baru lah sikit, bab pokok...... bab lain, lagilah.... bab angkasa lepas tu, planet semua tu yang tak nampak dek mata kasar, lagi lah ya.....






Baby's first human figure

Tersebutlah kisah satu hari tu, baby asyiklah suruh aku duduk depan dia tengok dia melukis. Then sambil dia melukis, dia sebut, head, eyes, nose, mouth, ears, feet. Then dia cakap kat aku, that's your face. Punya lah terkejut aku dia dah pandai lukis muka dan kaki orang. Hahahahaha.... Sungguh aku tak sangka. Hahahaha.... Tak sia2 aku bagi dia conteng kertas, kain, alas tilam, dinding, lantai dan juga tangan serta kaki dia. Hahahahaha..... Tengok ajelah hasilnya ya.



gini gaya rupa aku.... hahahaha... ada eyes, mouth, feet tapi takde body... hahahaha... mcm2 tau2 aje body mummy dia out of shape... hahahahaha....

ni pulak rupa daddy dia.... hahahahaha.... siap panjang skali janggut dia lukis..... hahahahaha.....

nampak gaya nak kena beli lagi lah alat lukisan dia.... kasi abis melukis satu rumah... hahahahaha......

Wednesday 24 March 2010

Pemenang hadiah misteri

Akhirnya, sudah ada pemenang bagi hadiah misteri. Disebabkan pemenang itu adalah member sekampung aku, so dia tak bagi email dan print screen 3773 tu pun takpe ler. Hahahaha.... Aku percaya ko Liya. Hahahha....
So, tahniah Liya. Nanti emailkan / bagitau aku alamat mana nak aku hantarkan hadiah misteri ini. Kepada yang belum bertuah lagi, nanti lain kali aku buat lagi. Tungguuuuu......

Hadiah Misteri Kali ke 2

Puas aku menunggu email pembaca ke 3737. Agaknya tak nak kot hadiah misteri yang aku nak bagi. Atau pun tak sempat nak print screen. Hehehehe... Disebabkan tiada email dan tiada pemenang atau pun pemenang tu malu nak email. Hahahaha. So, kita naik kan nombor tu kepada 3773 pula.
So, seperti penerangan sebelumnya. Print screen, attachkan dalam format jpeg atau apa pun dan hantarkan ke email haninjo02@yahoo.com.
Lepas ni kalau 3773 pun takde pemenang, kita tunggu yang ke 4747 pulak. Hahahahahaa......

Mari menconteng

Saja je aku nak share pemandang seharian aku kat Edinburgh ni. Banyak betul dinding yang terconteng. Dan ada satu kawasan kat bandar ni, penuh dengan dinding yang berconteng. Benda ni orang panggil graffiti. Sekali aku pandang, menyemak kan. Dua kali, eh nampak seni pulak. Tiga kali, tertarik pulak aku dengan mesej yang dia orang nak sampaikan. Kali ke empat tengok, jalan lah. Balik rumah lagi baik. Hahahahahaha.....
Kalau kat sesetengah tempat, graffiti ni dikira vandalism. Tapi kat sini, aku tengok yang tempat aku ambik gambar ni, macam tak kisah aje. Macm dikhaskan untuk graffiti ni. Ada tu, siang2 hari budak2 ni menconteng. Dan selang beberapa minggu akan berubah wajah dengan contengan baru. Sungguh menarik tapi kalau dah semua dinding bergraffiti, mau pening kepala. Hahahaha....




kalau lalu dengan abang kat sini, macam2 dia akan tanya.... dan macam2 jugalah intepretasi dia.... look it's an A lah, look nose lah.... macam2 dia nampak yang aku tak nampak budak2 ni lukis..... cuma yang tak tahan, dia akan tanya, why this mummy? why that mummy?.... banyak sungguh why dia.... letih nak melayan... hahahaha.....

Lain cari, lain yang dapat (siri 2)

Sambung balik kisah hari ahad lepas. Pikirkan semalam nak buat entri ni, tapi disebabkan kes luahan perasaan. Terus tak jadi. Hahahahha...
Kat TKMaxx, bukan baby saja yang dapat toys. Abang yang dah besar tu pun dapat juga. Dia nak bowling set. Tak faham betui lah aku. Games bukan main sedap main bowling, sibuk juga nak bowling set ni. Kesudahannya, sehari aje main. Lepas tu tak main dah. Silap hari bulan, balik malaysia ni aku nak buka kedai 2nd hand jual toys. Hahahaha.... Lelong2 sapa mau beli toys terpakai. Hahahaha....




di ajaknya aku main bowling ni... bolayan.... bos juga jadi mangsa... hahahaha....

Tuesday 23 March 2010

Hadiah misteri

Dah nak masuk 4 bulan aku berblogging. Aku tengok dah nak masuk 4000 orang pembaca blog ni. Terkejut kejap aku. So secara puratanya 1000 orang membaca dalam sebulan. Aku tertanya2, siapalah gerangan si pembaca ni semua. Yang pasti family dan kawan2 rapat ler. Sebab dengan mereka aje ler yang aku war2kan pasal blog ni.
Oleh yang demikian (ayat macam buat karangan lah pulak aku ni... hahahahaha....), dalam menghargai para pembaca, aku nak bagi hadiah misteri kepada pembaca yang ke 3737. Kat bahagian kanan blog ni ada hit counter. Sila print screen dan letak as attachment (dalam format jpeg), jika anda pembaca bertuah yang ke 3737. Emailkan ke address ini: haninjo02@yahoo.com. Hadiah misteri akan menanti anda.
Kenapa pembaca yang ke 3737? Nak tahu kenapa??? Hahahaha.... Suka akak ler, kan ni blog akak.... Akak nak yang ke berapa pun, suka akak ler... Ko pun nak jadi macam si penasihat A juga ke? Hahahahha.... Gurau aje ye..... Jangan ambik hati... Aku ni simple aje orang nya... Tak nak pening2 kepala... Hahahaha...
So, ingat ya, kalau anda pembaca yang ke 3737, print screen, email kat akak. Then tunggu hadiah misteri tiba di peti surat anda. Hehehhe....

Masyarakat Prihatin

Terkedu aku kejap bila ada masyarakat Malaysia yang prihatin dekat blog dan kehidupan aku. Keprihatinan yang sangat negatif, kalau boleh aku rumuskan. Hahahaha.... Tapi aku anggap ia sebagai satu cabaran dalam kancah kehidupan aku. Dan juga cabaran dalam dunia menulis dan blogging aku. Ialah baru masuk bulan ke empat aku mula berjinak2 menulis secara terbuka. Ok begini ceritanya mengenai keprihatinan masyarakat Malaysia tersebut (aku nama kan dia penasihat A).
Si penasihat A ini telah menasihatkan aku bahawa baik2 dalam memberi gambaran mengenai kehidupan di luar negara. Maksud si penasihat A ini ialah, kami sekeluarga hidup di luar negara atas dasar mendapat biasiswa kerajaan. Oleh yang demikian, jangan lah memberi gambaran yang hidup di luar negara dapat berbelanja mewah dan berjalan merata tempat, umpamanya menyalahguna duit yang diberi oleh kerajaan. Terkedu kejap aku bila ada nasihat seumpama itu. Mula2 emosi terganggu. Tapi lepas berkongsi dengan bos, baru aku lega. Biasalah kan, akak ni over sikit. Hahahaha....
Tapi bila bos bagi pendapat dia, aku pun terus gelihati dan fikir mesti ada sebab si penasihat A itu memberi nasihat sedemikian rupa. Semuanya mungkin atas dasar dia betul2 prihatin dan ambik berat atau pun ada kemungkinan dia cemburu atau iri hati.
Bila aku ajukan perkara ini kat bos, bos tanya aku tiga soalan ringkas sahaja. Bos tanya:
1. siapa yang bagi nasihat?
2. dia kerja atau belajar kat sini?
3. dia ada dalam rumah kita ke?
Hahahaha.... Aku pun jawab lah semua persoalan bos. Bos simpulkan dengan kaedah menjawab soalan dia dari bottom to top (dari soalan 3 ke 1). Hahahaha....
Bos cakap, kemungkinan atas dasar si penasihat A itu tidak duduk sebumbung dengan kita sebab itulah dia fikir kita berbelanja mewah dan jalan merata tempat menggunakan duit kerajaan. Aku setuju sangat dengan jawapan bos tu. Betul juga kata bos, disebabkan si penasihat A itu tidak duduk sebumbung dengan kita lah, makanya dia tidak tahu dari mana kita dapat duit untuk berjalan, duit untuk membeli baju anak2, toys anak2, makan, minum, sewa rumah dan sebagainya serta bagaimana kita mengagihkannya. Bos tambah lagi, dia tahu ke kita kerja lebih masa, membanting tulang empat kerat semata2 nak menambah rezeki serta nak senangkan anak2. Aku fikir betul juga cakap bos. Kemungkinan besar si penasihat A mengandaikan yang cara kehidupan kami sama seperti mereka. Yang hanya menunggu wang dari kerajaan tanpa berusaha lebih untuk kesenangan diri sendiri. Kalau lah si penasihat tu bekerja keras membanting tulang empat kerat siang dan malam, aku rasa dia pun boleh juga mampu belikan anak2 dia toys dan juga berjalan merata tempat (silap haribulan boleh belikan akak satu beg LV atau CD lagik... hahahaha..... ataupun satu handphone iphone.. hahahhaa....).
Itulah kisahnya. Tujuan aku buat entri ni pun bukan nak aibkan sesiapa mahupun menyakitkan hati sesiapa. Aku hanya ingin menyatakan yang kami sekeluarga masih tahu prinsip halal dan haram. Duit yang disalurkan oleh kerajaan kami gunakan sebaiknya bagi menampung sewa rumah dan kehidupan seharian di sini. Manakala duit yang kami berusaha sendiri untuk mendapatkannya, kami gunakan mengikut kemampuan kami. Kami bersyukur atas peluang yang diberi oleh yang Maha Esa untuk kami mampu berusaha lebih mendapatkan rezeki lebih. Kalau si penasihat A nak mengikuti cara hidup kami pun boleh. Bisa di atur dong!!!! Mari kita sama2 membanting tulang empat kerat berusaha keras. Bukan hanya menunggu wang kerajaan masuk ke akaun bank tiap2 tiga bulan.
Dahlah penat aku menulis entri kali ni. Takde gambar pun. Semuanya luahan perasaan. Hahahaha....

Kerja keras....

Dah lama (ada dekat tiga tahun lebih) meja kat rumah tak dipenuhi dengan assignment student. Kalau kat Malaysia, itu adalah permandangan biasa bagi aku kat rumah. Biasalah bos, kerja pejabat dia bawa balik rumah. Kadang tu, aku pun sambil2, baca juga student dia punya assignment. Tapi sejak dua menjak ni, situasi meja kat rumah penuh dengan assignment student kembali semula. Hahahahaha.... Kali ni bukan assignment student tempatan. Assignment student obesea pulak. Bos ambik upah menanda assignment student kat sekolah dia. Hahahaha..... Bos cakap kat aku, lain sungguh cara dia orang buat assignment kat sini. Dan hasil yang student bagi pun lain. Aku setakat menjeling aje le. Hahahaha.... Bos siap cakap, rindu pula dia nak kembali mengajar dan marking assignment student. Lain macam aje aku dengar. Rindu nak jumpa student??? Hahahahaha.... Kalau aku rindu nak balik kampung nak makan banyak2. Ni rindu nak jumpa student dan nak mengaajar semula. Pelik2. Hahahaha..... Tengok aje lah meja rumah yang penuh dengan assignment student omputih. Hahaha....

benda2 ni boleh dikeluarkan diwaktu abang dan baby tidur aje... kalau time dia orang tengah berjaga, mau huru hara jadinya..... silap hari bulan, ada yang baby bagi markah.... bukan bos... hahahaha.....

Lain cari, lain yang dapat (siri 1)

Cerita dah basi ni. Tapi takpelah ye. Buat modal entri. Hahahaha.... Hari ahad lepas yang sebenarnya aku malas nak keluar, tapi terpaksa keluar juga adalah kerana aku nak cari barang. Barang penting, tu yang terpaksa keluar. Kalau barang tak penting, malas aku nak keluar. Hahahaha.... Tapi lain yang di cari, lain pula yang dapat. Seperti biasa kalau berjalan dengan budak2 ni, tak sah kalau tak kena minta toys. Aku ke TKMaxx, masuk aje sana, baby dan abang terus ajak bos ke tingkat atas. Aku agak ni mesti nak minta toys. Betul tekaan aku, bila dua2 turun tunjuk toys pilihan masing2. Kalau naik dengan aku sure tak dapat. Tapi disebabkan aku nak cari barang kat tingkat bawah, so naik ler dia berdua dengan bos. Kalau dengan bos, ok aje. Hahahaha... Nasib baik anak2 dia tak minta satu TKMaxx. Agaknya kalau minta, ok aje ke??? Hahahahaha.......
Jom kita tengok apa pilihan baby kali ini.



inilah pilihan hati baby... iron kitty cat.... sampai aje dalam kete suruh buka... sampai aje rumah terus dia ambik baju kat ampaian, terus dia iron... basah2 baju tu dia iron juga.... sungguhlah menguji tahap kesabaran akak... hahahaha...
perasan tak pipi kiri baby lebam akibat insiden jatuh di meadow hari sabtu sebelumnya... hhuhuhuhu.... kesian anak mummy....

Picnic @ Meadow

Ni hari Ahad punya aktiviti pula. Mulanya tak nak keluar sebab aku penat. Tapi disebabkan nak mencari barang, terpaksa juga keluar. Dan bila dah keluar bos pula ajak gi picnic kat Meadow. Dia kata rugi ni sebab cuaca sungguh menarik. Hahahahha.... Aku yang tengah ngantuk2 ni layan kan aje ler.

pelik betul budak2 ni.... kalau kat luar, bukan main seronok nak makan.... kalau kat rumah bukan main susah nak suruh makan....

Monday 22 March 2010

Playground @ Meadow (aktiviti hari sabtu lepas)

Selepas panjat bukit (hahaha... tak panjat pun.... hahahaha....) bos ajak budak2 gi main playground kat Meadow. Pecah rekod sebab paling lama spent masa kat sini. Cuaca sangat lah menarik. Tak sejuk dan tak berangin langsung. Matahari memancar2. Hehehehe.... Budak2 pun bukan main seronok. Yang tak seronoknya bila time nak balik. Baby terjatuh dan tersembam akibat lari tak dapat nak balance. Menangis dan meraung satu playground dengar. Hahahahaha.... Habis lebam. Dah macam kena cucuk botox sebelah muka dah. Hahahaha... Tak sampai hati pulak aku nak letak gambar dia lebam. Hahahaha....


leka sungguh dia main pasir......

abang sampai dah bosan main, terus minta main scooter..... hahahah.... bos cakap dia nak tunggu sampai budak2 ni ajak balik baru nak balik.... tapi tak sempat nak tunggu, baby dah nangis terjatuh..... kena balik juga..... hahahahha......

Arthur Seat (aktiviti hari sabtu lepas)

Tempat kegemaran bos, abang dan aku. Baby tak faham lagi. Hahahaha.... Inilah tempat yang menjadi kegemaran aku, bos dan abang. Tiap kali gate buka dan cuaca menarik, abang akan cakap dengan bos nak naik tengok swan. Kalau gate tutup tapi cuaca menarik, sungguh lah hampa kami semua. Aku pula tak jemu2 mengambil gambar kat sini. Tengok aje lah ya.


pengunjung memberi makan kepada itik, swan, burung camar dan tak ketinggalan juga beberapa ekor burung gagak......
kurang pulak itik aku tengok... mana dia semua pergi ya??

bos tengah memerhatikan kalau2 ada najis anjing...... abang dan baby bukan main suka main berlari..... bos pula menjerit bagi arahan sana ada taik, sini ada taik..... hahahaha......


seronok baby..... dapat tanah untuk berlari lah katakan... hahahaha.....