Sunday 28 March 2010

British Summer Time

Pagi2 lagi bos dah ingatkan aku yang hari ni nak kena adjust waktu. Nak kena percepatkan sejam. Habis satu rumah nak kena buat. Jam dinding, jam tangan, jam handphone, jam komputer, jam laptop dan segala mak nenek jam. Dah bertahun2 aku duduk negara UK ni, time nak kena tukar waktu ni ler yang leceh. Ni baru rumah yang kecik lagi sempit. Orang yang rumah bagai istana tu yang penuh jam setiap bilik, macamana lah agaknya ya. Hahahaha....

Bertukarnya jam, bermaksud dah semakin panjang lah cerah. Nanti summer ada sampai jam 9 malam masih cerah lagi. Time ni ler susah nak suruh anak2 tidur. Seperti biasa abang akan argue dengan aku bahawa hari masih cerah, kenapa nak kena tidur. Hahahaha. Tapi sekarang dia dah tahu tengok jam, harapnya tahun ni tak ler dia argue benda yang sama.

Ok, bagi rakan2 di UK, sila lah tukar waktu ya. Nanti lambat pula hantar anak ke sekolah. Rakan2 di luar UK, jangan nak pandai2 ubah waktu. Kalau nak ubah juga, sendiri tanggung ya. Hahahhaa.....

No comments: