Monday 1 March 2010

Baby & Eczema

Tersebutlah kisah, di pagi isnin, bos sudah mengamuk di GP. Hahahahaha.... Inilah hasil ngamukan bos (lihat gambar di bawah ini). Hahahahahaha......


Gini ceritanya. Pagi tadi bos bawa baby gi GP (klinik). Bukan apa, tangan baby naik kudis semula. Tapi tak lah seteruk dulu. Dan disebabkan tak nak jadi lebih teruk, tu yang bos nak sangat bawa baby jumpa doktor. Lagipun ubat yang kawan aku bagi tu dah abis. Tak kan lah nak harap kan dia bagi aje kan. Yang kelakarnya, bos citer dengan aku yang dia tak bagi peluang langsung doktor tu bercakap. Dan apa yang doktor tu cakap dia bagi hujah dia pulak. Dan akhirnya alhamdulillah, berkotak2 cream doktor tu prescribe kan. Dan sebesar2 botol cream dia bagi. Syukurlah. Ada 4 jenis ubat doktor tu bagi siap dengan repeat prescription lagi. Bos siap cakap, dah nak balik ni barulah dia tahu taktik nak handle doktor kat sini. So lepas ni kalau ada sesiapa nak tips pasal cara2 nak handle doktor kat sini, boleh lah interview bos aku. Hahahahaha..... Aku nak tulis kat sini pun tak sampai hati. Hahahahahaha.....

No comments: