Monday 22 March 2010

Arthur Seat (aktiviti hari sabtu lepas)

Tempat kegemaran bos, abang dan aku. Baby tak faham lagi. Hahahaha.... Inilah tempat yang menjadi kegemaran aku, bos dan abang. Tiap kali gate buka dan cuaca menarik, abang akan cakap dengan bos nak naik tengok swan. Kalau gate tutup tapi cuaca menarik, sungguh lah hampa kami semua. Aku pula tak jemu2 mengambil gambar kat sini. Tengok aje lah ya.


pengunjung memberi makan kepada itik, swan, burung camar dan tak ketinggalan juga beberapa ekor burung gagak......
kurang pulak itik aku tengok... mana dia semua pergi ya??

bos tengah memerhatikan kalau2 ada najis anjing...... abang dan baby bukan main suka main berlari..... bos pula menjerit bagi arahan sana ada taik, sini ada taik..... hahahaha......


seronok baby..... dapat tanah untuk berlari lah katakan... hahahaha.....

No comments: