Tuesday 9 March 2010

National Museum of Flight (tahun 2009)

Kali ni kami ke National Museum of Flight. Tak dirancang pun nak ke sini, tiba2 aje bos ajak gi. Dekat aje rupanya museum ni. Kat East Lothian aje. Ada dalam setengah jam drive. Memang best betul museum ni, jika betul2 minat pasal teknologi dan hal2 berkaitan kapal terbang. Pelbagai jenis kapal terbang ada. Kapal terbang penumpang ada, kapal terbang penyelamat ada, kapal terbang perang pun ada. Besar sungguh tempat ni (memang patut pun besar sebab dah saiz kapal terbangnya pun besar). Hahahahha... Ok, tengok aje lah gambar yang sempat aku rakam.



seperti biasa, gambar posing akak kat ekor kapal terbang..... ni kapal british airways tahun 1960's katanya.... memang sangat usang dan lama.... seram aje aku masuk ke dalam kapal terbang ni......

abang first time tengok kapal terbang depan mata..... bukan main kagum dan seronok dia....


banyak sungguh kapal terbang yang bos ambik gambar, ni hanya sebahagiannya sahaja.... macam2 sejarah kapal terbang ni.. ada satu kapal terbang ambulan siap bagitau yang dah seramai beberapa orang bersalin dalam kapal terbang tu kerana tak sempat nak sampai ke hospital.... kapal terbang penyelamat tu ambik penduduk di bahagian2 pulau di UK ni.... yang tiada hospital...... menarik sungguh dan banyak pengetahuan aku belajar hasil lawatan cik kiah ke museum ni... hahahahha......


pilot kapal terbang MAS.... hahahahaha...... pilot wanita pertama di Malaysia tu yang belah kiri tu... hahahahaha......


kemuncak pameran kat museum ni ialah melawat kapal terbang jenis concorde yang pernah gah suatu masa dahulu... tetapi sebab insiden di airport CHG di Paris, terus tamatkan khidmatnya......

penuh sungguh dengan punat2 dan butang2 kat cockpit concorde ni.... tak pening ke pilot nak menghafalnya... hahahahah...

seat ni Queen pernah duduk...... seat depan sekali.... dalam concorde ni takde pulak bisnes class, first class atau economy class.... semuanya sama aje aku tengok.... kenapa ya???

abang dalam kapal terbang jenis concorde..... jenuh nak menunggu turn dapat naik concorde ni... punya lah ramai yang menunggu turn..... kena ambik ticket lebih awal dulu, then tunggu kat boarding area lepas tu baru boleh naik.... macamlah nak naik kapal terbang betul2... hahahaha....

besar betul kapal terbang concorde ni.......

No comments: