Tuesday 23 March 2010

Masyarakat Prihatin

Terkedu aku kejap bila ada masyarakat Malaysia yang prihatin dekat blog dan kehidupan aku. Keprihatinan yang sangat negatif, kalau boleh aku rumuskan. Hahahaha.... Tapi aku anggap ia sebagai satu cabaran dalam kancah kehidupan aku. Dan juga cabaran dalam dunia menulis dan blogging aku. Ialah baru masuk bulan ke empat aku mula berjinak2 menulis secara terbuka. Ok begini ceritanya mengenai keprihatinan masyarakat Malaysia tersebut (aku nama kan dia penasihat A).
Si penasihat A ini telah menasihatkan aku bahawa baik2 dalam memberi gambaran mengenai kehidupan di luar negara. Maksud si penasihat A ini ialah, kami sekeluarga hidup di luar negara atas dasar mendapat biasiswa kerajaan. Oleh yang demikian, jangan lah memberi gambaran yang hidup di luar negara dapat berbelanja mewah dan berjalan merata tempat, umpamanya menyalahguna duit yang diberi oleh kerajaan. Terkedu kejap aku bila ada nasihat seumpama itu. Mula2 emosi terganggu. Tapi lepas berkongsi dengan bos, baru aku lega. Biasalah kan, akak ni over sikit. Hahahaha....
Tapi bila bos bagi pendapat dia, aku pun terus gelihati dan fikir mesti ada sebab si penasihat A itu memberi nasihat sedemikian rupa. Semuanya mungkin atas dasar dia betul2 prihatin dan ambik berat atau pun ada kemungkinan dia cemburu atau iri hati.
Bila aku ajukan perkara ini kat bos, bos tanya aku tiga soalan ringkas sahaja. Bos tanya:
1. siapa yang bagi nasihat?
2. dia kerja atau belajar kat sini?
3. dia ada dalam rumah kita ke?
Hahahaha.... Aku pun jawab lah semua persoalan bos. Bos simpulkan dengan kaedah menjawab soalan dia dari bottom to top (dari soalan 3 ke 1). Hahahaha....
Bos cakap, kemungkinan atas dasar si penasihat A itu tidak duduk sebumbung dengan kita sebab itulah dia fikir kita berbelanja mewah dan jalan merata tempat menggunakan duit kerajaan. Aku setuju sangat dengan jawapan bos tu. Betul juga kata bos, disebabkan si penasihat A itu tidak duduk sebumbung dengan kita lah, makanya dia tidak tahu dari mana kita dapat duit untuk berjalan, duit untuk membeli baju anak2, toys anak2, makan, minum, sewa rumah dan sebagainya serta bagaimana kita mengagihkannya. Bos tambah lagi, dia tahu ke kita kerja lebih masa, membanting tulang empat kerat semata2 nak menambah rezeki serta nak senangkan anak2. Aku fikir betul juga cakap bos. Kemungkinan besar si penasihat A mengandaikan yang cara kehidupan kami sama seperti mereka. Yang hanya menunggu wang dari kerajaan tanpa berusaha lebih untuk kesenangan diri sendiri. Kalau lah si penasihat tu bekerja keras membanting tulang empat kerat siang dan malam, aku rasa dia pun boleh juga mampu belikan anak2 dia toys dan juga berjalan merata tempat (silap haribulan boleh belikan akak satu beg LV atau CD lagik... hahahaha..... ataupun satu handphone iphone.. hahahhaa....).
Itulah kisahnya. Tujuan aku buat entri ni pun bukan nak aibkan sesiapa mahupun menyakitkan hati sesiapa. Aku hanya ingin menyatakan yang kami sekeluarga masih tahu prinsip halal dan haram. Duit yang disalurkan oleh kerajaan kami gunakan sebaiknya bagi menampung sewa rumah dan kehidupan seharian di sini. Manakala duit yang kami berusaha sendiri untuk mendapatkannya, kami gunakan mengikut kemampuan kami. Kami bersyukur atas peluang yang diberi oleh yang Maha Esa untuk kami mampu berusaha lebih mendapatkan rezeki lebih. Kalau si penasihat A nak mengikuti cara hidup kami pun boleh. Bisa di atur dong!!!! Mari kita sama2 membanting tulang empat kerat berusaha keras. Bukan hanya menunggu wang kerajaan masuk ke akaun bank tiap2 tiga bulan.
Dahlah penat aku menulis entri kali ni. Takde gambar pun. Semuanya luahan perasaan. Hahahaha....

3 comments:

Jelly said...

Andak.. pedulikan apa org kata. Jgn putus asa trus berblog eh kalau boleh letak la add nuffnang sekali sebab boleh dpt income.. bior si A tu lagik jeles...
peluang dah ada depan mata buat
apa nak bazir duk dalam rumah aje ngadap siling rumah... enjoy ur life there!!!!! kita tak kaya kalau asik nak pk apa org kata... hope u get what i mean... MAK NAK LV GAKKKKK!!!!!!!!!!!!!

a.n.d.a.k said...

i pun nak LV gakkkk.... hahahahha....

Anonymous said...

saper ler agaknya si A tu ek? biar la Andak, hanya kita yg tahu susah senang hidup keluarga kita. Klu x membanting mcm kami ni baru ler kena ikat perut, teringin juga nak membanting tp bosku x mengizinkan, byk lg kerjanya yg x settle... rezeki masing2