Sunday 31 January 2010

Cuba teka??

Ni entri teka-meneka pulak yer.... Hahahahaha.... Cuba teka, apa ada dalam kotak ini???


Nantikan jawapan nya esok yer.....

mengemas kotak lagi.....

Hujung minggu ni, kami dok mengemas apa yang patut. Membungkus masuk kan barang dalam kotak. Seperti biasa, sambil mengemas, tak sah kalau budak2 ni tak mengemas sekali. Tengok aje lah aksi budak2 ni. Aku nak menjerit pun serba salah sebab, sebelum budak2 ni naik atas kotak ni, dia orang dah tanya kat bos dulu. Dan seperti biasa, bos jawab, 'ok'. So, aku pun tengok kan aje lah. Hahahahahaha..... Budak2 ni kalau bos ada kat rumah, masing2 keluar perangai dia. Anak2 manja bos ni. Tengok aje lah yer aksi budak2 ni, tapi jangan ditiru. Bahayaaaaa...... Hahahahaha....


Amboi baby...... tinggi awak memanjat yer..... kah kah kah kah.....

Abang ada hati tanya, 'can i jump down'..... menjerit bos..... hahahahaha.....

Acara lompat kijang sebelum tidur

Nak cerita sikit. Ni cerita sebelum tidur. Budak2 ni ada aje permainan yang diciptanya. Semalam sebelum tidur, abang dan baby main acara lompat2. Hari tu aku ada belikan trampoline, tapi sudah dibungkus sebab tak muat rumah. Lagipun nak bawa balik ke Malaysia dah. Tapi yang pelik, budak2 ni tak pernah nak rasa serik. Baik abang mahupun baby. Kedua2 nya pernah lebam sebab dok terjatuh melompat2. Yang sorang lebam mata, yang sorang lagi lebam dekat pipi sebab melompat. Tapi nak buat macamanakan budak2 ni. Makin kita larang, makin dia suka buat. Tengok aje lah aksi lompatan mereka ni.

lompatan ni, baby panggil 'jump frog'... kah kah kah....... tengok lah kaki dia... kah kah kah.....

lompat jangan tak lompat...


cuba panjat semula... nak lompat lagi ler tu.



ni abang jump over baby......


baby menongeng..... kah kah kah

AWAS!!! Jangan ditiru aksi ni dirumah anda.... Hahahahah.....

Saturday 30 January 2010

Laura Ashley Purse For Sale

This is a sticky mode entry for 48 hours yer...
Ni entri jual-menjual pulak yer.....
LAURA ASHLEY PURSE (PURE LEATHER - CHOCOLATE COLOUR)
PRICE: RM 150 (Including Delivery Charges - By Registered Air Mail from UK)
SOLD OUT!!! Terima kasih kepada yang sudi membeli...

[FRONT]


[BACK]

[INSIDE]

Jika berminat, please email: haninjo02@yahoo.com
kita cerita lebih2 kat sana ok.......
selamat membeli-belah....

Abang dan gadget barunya

Sekarang ni abang ada gadget yang menjadi pojaaaaannnn hatinya. Tiap hari mesti nak main gadget ni. Lama juga aku tak izinkan bos beli. Sebab takut abang dan bos lalai. Asyik main aje. Tapi akhirnya bos beli juga. Dan yang paling best, dengan aku pun sama lalai. Hahahaha..... Tapi main game ni memang best. Sambil tu boleh aku buang mana2 lemak yang berlebihan. Hahahahha..... Layan aje lah gambar aku rakam ni.



sampai terduduk abang main....



Friday 29 January 2010

rumah macam 'tongkang pecah'

Semalam bos bawa balik kotak. Semalam juga aku dengan bos melakukan kerja2 mengemas barang. Sekarang dah mula packing2 untuk pulang ke Malaysia. So, rumah dah macam tongkang pecah dan berselerak. Sampai pening kepala aku memikirkan barang2 yang tak abis2 dikemas ini.

macam gudang lah pulak jadi rumah ni .............


kerja2 memasang tape.... hahahahha..... kita serah pada yang pakar.....

keropok lekor

Minggu lepas aku dapat jiran melayu baru. Atas aje rumah dia. Agaknya kalau aku jerit2, dia dengar kot. Hahahaha... Then masa dia pindah2, aku pergi jengok sebab bos ada tolong2 angkat barang. Then time makan, aku pun dilawa makan sekali. Dia orang hidang nasi dan lauk pauk bagai. Tapi aku tak makan sebab dah makan kat rumah sebelum pergi rumah dia. Selain lauk pauk ada juga keropok lekor. Aku tengok, waduh2 sedapnya. Abang dengan baby bukan main pulun makan keropok lekor tanpa malu2. Aku nak makan pun malu, sebab anak2 aku dah makan dengan banyaknya keropok lekor tu. Balik rumah aku cakap dengan bos, 'kita beli ikanlah, nak buat keropok lekor'. Bos ok jer. Ini lah hasilnya keropok lekor aku. Nampak sangat delicious (angkat bakul sendiri ye. Orang tak puji, biar aku puji diri sendiri). Hahahahha....

baru siap diuli......

setelah diuli dan direbus....

hasilnya, siap digoreng.... yummy!!! aku memang "pandai" buat keropok lekor.

Thursday 28 January 2010

baby hair dryer

Nak cerita sikit pasal kegeraman aku semalam. Begini cerita nya. Semalam aku ikut bos gi beli barang dapur. Selalunya aku beli kat kedai bawah rumah aje. Tapi disebabkan bos nak cari barang dia, tu yang dia ajak sekali beli kat tempat yang dia nak pergi.
Ok sambung cerita geram. Aku ni dah lama minta bos belikan hair dryer. Rasanya sejak tahun lepas lagi. Macam2 bos bagi alasan. Tak perlu lah, pakai tudung lah, tak payah cantik2 lah. Macam2 alasan bos bagi. Tapi nak dijadikan cerita, semalam baby ternampak set hair dryer. Then baby pegang dan minta dibelikan. Bos dengan selamba terus cakap, 'ok'. Eeeeeeeeee geram aje aku dengar. Aku ni bertahun minta, tak dapat2. Baby pegang, minta, terus dapat. Aku tengok juga hair dryer yang baby minta. Harga dia lebih kurang aje dengan hair dryer yang aku minta. Huhuhuhuhu.....
Ni lah set hair dryer yang baby minta. Aku fikirkan boleh share (sebab harga sama dengan yang real punya).... Tapi, tak boleh.... Angin dia keluar kus kus aje.... Setahun sembur tak kering2 rambut aku.... Kah kah kah kah.......
kah kah kah..... bos kena jadi mangsa nak di dryer kan hair nya.... hahahaha......
Semalam baby minta apa pun dapat.... kah kah kah kah.... Baby dah jadi macam abangnya. Pantang jumpa ride ni, mesti nak naik..... Tapi baby ok sikit.... Dapat naik sekali dah cukup... Abang tak, kalau semua yang dia nampak, dia akan mintak naik..... hahahhahha....

Wednesday 27 January 2010

Legoland London (tahun 2008)

Ni nak cerita kami dok jalan2 pada tahun 2008. Time ni bawa abang dan baby pergi Legoland kat London. Besar sungguh legoland ni. Tak sempat jalan keseluruhannya sebab kami spend dalam separuh hari sahaja kat sini. Menarik2 ride dia. Semua buat dari lego, cuma terkilan sebab baby banyak tak dapat nak naik ride. Kesian kat baby. Tak cukup ketinggian nak naik kebanyakan ride. Ada satu ride tu, fikirkan dia boleh naik. Kami pun dah siap beratur panjang2. Tiba-tiba orang yang jaga ride tu kata baby tak boleh naik sebab tak cukup ketinggian. Apa lagi, terus melalak lah baby. Terus menangis tak henti sepanjang berada kat legoland ni. Last2, aku jugalah kena jaga dia. Abang dan bos sedaplah main semua ride. Abang seronok lagipun memang dah lama cakap dengan dia nak bawa dia pergi legoland. Ok, tengok aje lah ye gambar yg sempat dirakam.



Aku berposing kat pintu masuk legoland.....


Baby sambil menangis ambik gambar..... Kesian dia....


Abang naik bot dengan bos..... Bukan main seronok dia dapat bawa boat....



bye barney bear...

Ni sambungan entri pasal abang dengan barney bearnya. Pagi tadi kami sekeluarga mengucapkan selamat bye-bye kat barney bear. Abang dah pulangkan barney bear kat sekolah. Kena pulangkan hari ini sebab Jumaat ini, orang lain pulak akan ambil giliran bawak balik barney bear tu.
Ok, tengoklah ye gambar2 yang sempat aku rakamkan sepanjang barney bear ada kat rumah ni. Pelbagai aktiviti di buat. Mak dan bapaknya terpaksa join sekali.



Ni aktiviti hari Sabtu lepas. Abang dengan daddy dia buat crown untuk si barney bear ini. Dan secara rasmi barney bear ditabalkan sebagai King of the House. Kah kah kah kah......
Ni pulak aktiviti mengenalkan barney bear dengan patung2 abang yang lain. Yang patung barney tu, patung sejak abang umur sebulan lagi. Yang Koala tu, beli kat sini. Ada dua set baju koala tu. Yang rajin menyalin baju patung tu bukan abang tapi................... sapa lagi kalau bukan aku. Kah kah kah kah.......


Sebelum pulangkan barney bear, abang, mak, apak dan baby skali tekun menyiapkan buku log aktiviti sepanjang barney bear kat rumah ni. Abang tekun mengunting gambar nak lekat dalam buku log tu.
Baby pun tekun... Tekun kacau orang lain buat kerja.... Sikit2 nak glue, nak scissors......

Orang mengunting, dia pun nak gunting... kah kah kah


Gambar2 yang sudah siap digunting kemas oleh Abang.....



Abang dengan aku tengah semangat menampal......



Abang tengah menulis apa yang barney bear buat dalam record book tu......


Hasilnya..... Eh terbalik pulak gambar ni.....

Tuesday 26 January 2010

abang oh abang...

Hari tu aku ada buat entri ni. Cerita mengenai abang bawa balik barney bear dari sekolah. Sepanjang barney bear ni ada kat rumah, aku rakam lah segala perkembangan abang dan barney bear ini. Tengoklah abang punya sayang dekat barney bear sampai takut kena makan dek tikus. Sampaikan tidur pun dia peluk barney bear nyer. Yang beg nya siap suruh letak atas kepala dia. Mulanya aku tak bagi, tapi abang sampai nangis suruh letak atas kepala. Dia kata takut beg tu kena makan dek tikus. Kah kah kah..... Aku pun layankan aje lah. Letak aje beg tu atas kepala dia, terus terlelap dia. Abang oh abang!!!!! Nanti aku cerita lagi pasal abang dengan barney bear ni. Tengoklah gambar yang sempat aku tangkap.

Bukan main abang peluk si barney bear ni...

Segala bear yang lain abis tak laku.... Siap kena campak ke bawah lagi... Kah kah kah...

Tengok lah, baru lena nak tidur bila beg dah dok terletak atas kepala...

Sunday 24 January 2010

foto aku pulak..

Kelmarin aku ada buat entry ini. Sebenarnya waktu bos ke sekolah dengan abang, aku ke town. Jalan2 cuci mata. Kah kah kah kah..... Bos kasi lampu hijau, aku pun cepat2 ler melangkah. Banyak sungguh sale. Sale sana, sale sini. Bling2 mata aku tgk. Tapi mengenangkan poket ku kosong, cuci mata aje lah. Tengok lah hasil cuci mata ku melalui gambar2 ini yer.


Sepanjang jalan ni lah aku berjalan. Memang kaki jalan (aku ngaku). Bos gi menuntut ilmu, aku pulak jalan2 di hujung minggu....


Atas tu Edinburgh Castle (sorry, gambor kurang cantik sebab hujan)


Aku naik bas jer. Lagi senang naik bas. Kalau pergi dgn bos, sure kena balik cepat. Kah kah kah... Kalau pergi sendiri, aku boleh jalan lengang kangkung. Semua kedai boleh masuk. Kalau dengan bos, mana nak beli, situ aje di tuju. Tak best.


Betape ramai nya orang. Hujan2 ni aku jalan. Balik rumah terus pening kepala.


Clarks - 70% sale. Kalau lah poket penuh, nak jugak beli sepasang dua. Tapi apakan daya...


Kedai disney ni paling banyak sale.