Friday 15 January 2010

abang dan home work....

Setiap petang lepas balik sekolah abang akan mengadap home worknya. Sebab dah hari2 di latih buat home work, kalau mak dan bapanya lupa, dia akan ingat kan. Homework ni bukan dari sekolah, tapi dari KUMON class nya (sekolah seminggu sekali pun susah nak bagi homework). Tapi nak ajar budak2 ni bukan senang kan? Tangan kaki semua rasa nak naik kat dia. Lagi2 abang yg jenis, bila kita ajar, macam2 kerenah ada. Sekejap nak berak sekejap nak kencing. Lepas tu gatal kepala, gatal kaki, semuanya lah gatal. Bukan aku je naik angin bila ajar abang ni. Bos pon sama naik darah kat kepala kalau mengajar (aku ingatkan pensyarah macam bos ni reliks jer). hahahhaa..... Bos siap cakap, mengajar orang besar lagi senang.
Abang ni, bukan nya dia susah nak tangkap. Tapi dia ni main2 (tu yang buat gerammmmmmmmmm). Lagipun abang kat sini dia tak ramai kawan. Yang ada baby jer lah (tu lah kawan baik dan kawan gaduh dia). Kawan yang ada pun hanya kat sekolah. So, hari2 aku penuhkan lah aktiviti dia, sampailah dia nak lelapkan mata. Takpelah abang, nanti balik Malaysia, ramai lah kawan dan sepupu2 sepapat. Sini jiran sebelah rumah pun tak pernah jumpa. Lagi pun jiran kami ni couple. Tak ada anak. hehehehe......

No comments: