Wednesday 27 January 2010

bye barney bear...

Ni sambungan entri pasal abang dengan barney bearnya. Pagi tadi kami sekeluarga mengucapkan selamat bye-bye kat barney bear. Abang dah pulangkan barney bear kat sekolah. Kena pulangkan hari ini sebab Jumaat ini, orang lain pulak akan ambil giliran bawak balik barney bear tu.
Ok, tengoklah ye gambar2 yang sempat aku rakamkan sepanjang barney bear ada kat rumah ni. Pelbagai aktiviti di buat. Mak dan bapaknya terpaksa join sekali.



Ni aktiviti hari Sabtu lepas. Abang dengan daddy dia buat crown untuk si barney bear ini. Dan secara rasmi barney bear ditabalkan sebagai King of the House. Kah kah kah kah......
Ni pulak aktiviti mengenalkan barney bear dengan patung2 abang yang lain. Yang patung barney tu, patung sejak abang umur sebulan lagi. Yang Koala tu, beli kat sini. Ada dua set baju koala tu. Yang rajin menyalin baju patung tu bukan abang tapi................... sapa lagi kalau bukan aku. Kah kah kah kah.......


Sebelum pulangkan barney bear, abang, mak, apak dan baby skali tekun menyiapkan buku log aktiviti sepanjang barney bear kat rumah ni. Abang tekun mengunting gambar nak lekat dalam buku log tu.
Baby pun tekun... Tekun kacau orang lain buat kerja.... Sikit2 nak glue, nak scissors......

Orang mengunting, dia pun nak gunting... kah kah kah


Gambar2 yang sudah siap digunting kemas oleh Abang.....



Abang dengan aku tengah semangat menampal......



Abang tengah menulis apa yang barney bear buat dalam record book tu......


Hasilnya..... Eh terbalik pulak gambar ni.....

No comments: