Wednesday 20 January 2010

koleksi foto 2007- 2008 (Trip to York)

Lagi cerita dan foto tahun 2007-2008. Harap tak jemu ler baca cerita dan kisah silam lama2. Hahahaha.... Ini sebenarnya kali pertama kami pergi jalan2 selepas baby dilahirkan. So kiranya ini kali pertamalah baby berjalan2. Trip ke York ini dah lama Bos rancang tapi memikirkan baby masih kecil terpaksa lah ditangguhkan. Sehinggalah bos rasa baby dah sesuai, baru bos booking hotel dan train. Kita orang pergi dalam musim winter ni. Kebetulan rezeki kami, hari kedua kat York, snow turun dengan lebatnya. Merasa abang dan baby first time main snow yang tebal. Sepanjang winter tahun tersebut, Edinburgh snow dia tak lebat langsung. Turun sikit, cair. Rezeki kami. Alhamdulillah......
Masa pergi York ni, kami masih tak bekereta lagi. Tak berkemampuan, so kami pun pergi dengan menaiki train. Perjalanan memakan masa dalam 2 jam. Yang bestnya, bos kasi surprise. Rupanya dia booking first class seat. Pengalaman pertama kami naik train first class kat sini. Yang membezakan dengan kelas yang lain ialah, dia serve tea dan layanan lebih kurang macam atas flight. Dan tak ramai orang. So selesa lah anak2 dan kami. Boleh bising sebab satu gerabak itu kami yang punya. Hahahaha....
York ni sebuah bandar yang sangat kecil. Aku nak puji sikitlah bandar York ni sebab usaha mereka memelihara bandar ni sungguh lah bagus. Jalan2 nya dan bangunan2nya sama seperti 200 tahun yang lalu. Semua jalan ini tak dibenarkan kenderaan masuk. So pejalan kaki sahaja. Selesa dan rasa macam berada di bandar 200 tahun dahulu. Jalan2 dan lorong2 nya sangat kecil dan bangunan2nya lain sangat dari tempat yang lain. Tengok aje lah gambar2 yang sempat dirakam.
Antara gambar di bandar York. Yang atas ini York Castle. Kualiti gambar tak baik sangat sebab ambik pakai phone. Hehehehe....
Silap ler. Sepatutnya tiga gambar ni dulu. Tapi takpe lah. Ni gambar kat Waverley Train Station, atas train dan kat York train station......
view sepanjang ke B&B yang kami sewa......
hari pertama jalan2 di York... sempat kasi makan merpati kat garden dia dan naik boat.......
Hari kedua kat York.... Snow..... Bos tengah bertungkus lumus nak buat snowman...

Kali pertama abang dpt main snow... Dan dapat buat snowman dgn berjayanya... Abang tak nak bergerak dari snowman dia.... Puas pujuk.... Rupanya dia takut orang lain ambik snowman dia... lawak lah abang ni....... kah kah kah........
Hari terakhir sempat kami pergi Muzium train dia dan naik York Eye..... malas pulak nak upload gambar.... hehehehehe........

No comments: