Friday 22 January 2010

jumpa dan sembang dengan cikgu abang

Semalam abang sibuk suruh bapaknya carikan bendera2 seluruh negara kat internet. Aku ingatkan dia nak buat apa, rupanya dia nak buat bendera dan nak tunjuk kat cikgu dia. Kebetulan pagi tadi masa aku hantar abang ke sekolah, aku ada nak hantar satu borang yang cikgu dia suruh isi. Disamping tu, bos ada suruh aku tanya pasal abang punya buku membaca. Bos suruh tanya cikgu kenapa bagi abang buku stage 4. Bos suruh cakap dengan cikgu yang abang kat rumah dah baca buku stage 6. Sebab bos suruh aku tanya kerana bila kat rumah aku suruh dia baca buku yang dibawa dari sekolah, dia kata "abang boleh baca sambil pejam mata. Geram aku dengar. Tapi memang pun dia boleh baca sambil pejam mata sebab dia menghafal. Kah kah kah kah... Panjang plak aku bebel. Ok aku pendek kan.
So, aku tanyalah cikgu dia pagi tadi kenapa masih bagi dia buku stage 4? Rupa2nya, cikgu dia ada alasan tersendiri. Dia kata abang memang boleh membaca, tapi dia tak pandai nak bercerita semula apa yang dia baca. Patut lah dia tak bagi buku stage lain, ini sebabnya. Aku pun terus lah cakap dengan bos yang itu alasan cikgu dia. Cikgu nak anak faham apa yang dibaca bukan tahu baca saja. Bos pun terdiam dan tak terkata. Aku ada cakap dengan cikgu yang aku terima alasan yang dia bagi walaupun aku tahu bos mesti tak boleh terima. Kah kah kah kah......

Berbalik pasal cerita bendera. Aku ada buatkan abang bendera Malaysia. Pagi tadi dia bawalah ke sekolah. Siap menyorokan bendera tu nak tunjuk dan bagi surprise kat cikgu. Kelakar betul abang. Petang tadi balik dari sekolah abang cakap cikgu simpan bendera yang dia tunjuk tu. Keh keh keh. Banggalah abang tu, cikgu simpan bendera yang (maknye buat) dan dia buat. Kah kah kah kah.....
comotnye baby... orng lukis kat kertas, awak lukis kat baju yer.

2 comments:

Jelly said...

andak.. ckp kat boss hv to listen to teacher.. lg satu... bdk2 ni kadang buku sekolah dorang mmg bole baca.. selain buku sekolah kasik jugak buku2 lain sebab jgn jadik mcm tina.. 2 year @ Nuri tp boleh baca buku Nuri je.. buku lain tak boleh baca sebab cara dorang hafal... hafal tak bagos yg penting dorang faham apa yg dorang baca..

alhamdulillah akak cepat sedor trus tukarkan sekolah.. 6 yrs within 6 mths tina dah bole baca...

as for QZ ok excellent... 5 yrs old dah bole baca BM & BI... so... SMART READER KIDS is the best!!!

a.n.d.a.k said...

tq, kak lin... dari aper yg andak tgk rasanye mmg dia menghafal.. bila tunjuk je buku lain dia akan pening sikit... sekarang andak tgh mencari buku bersiri tp lain dr buku yg sebelom ni dia baca... sebab yg dia baca selalu tu, nama orng yg sama... pekatan pon yg dia ulang2.. so macam di kelompok yg sama je..bila tunjuk buku lain yg nama orng lain sikit pekataan lain sikit dia dah mcm pelik... tp biasalah bos tu, dia je kan yg betol... kah kah kah kah.