Wednesday 27 January 2010

Legoland London (tahun 2008)

Ni nak cerita kami dok jalan2 pada tahun 2008. Time ni bawa abang dan baby pergi Legoland kat London. Besar sungguh legoland ni. Tak sempat jalan keseluruhannya sebab kami spend dalam separuh hari sahaja kat sini. Menarik2 ride dia. Semua buat dari lego, cuma terkilan sebab baby banyak tak dapat nak naik ride. Kesian kat baby. Tak cukup ketinggian nak naik kebanyakan ride. Ada satu ride tu, fikirkan dia boleh naik. Kami pun dah siap beratur panjang2. Tiba-tiba orang yang jaga ride tu kata baby tak boleh naik sebab tak cukup ketinggian. Apa lagi, terus melalak lah baby. Terus menangis tak henti sepanjang berada kat legoland ni. Last2, aku jugalah kena jaga dia. Abang dan bos sedaplah main semua ride. Abang seronok lagipun memang dah lama cakap dengan dia nak bawa dia pergi legoland. Ok, tengok aje lah ye gambar yg sempat dirakam.



Aku berposing kat pintu masuk legoland.....


Baby sambil menangis ambik gambar..... Kesian dia....


Abang naik bot dengan bos..... Bukan main seronok dia dapat bawa boat....



No comments: