Sunday 28 February 2010

Ala-ala KFC

Banyak pulak citer pasal makanan kat blog aku ni. Ini tiada kaitan dengan saiz badan aku yer. Bukan bermaksud selalu citer pasal makan, aku pun makin 'sihat' (ni ayat cover). Hahahahaha....

Ok, sebenarnya nak citer pasal satu restoran yang jual ayam goreng berkonsepkan KFC dan yang penting ianya halal. Masa kami sampai kat sini, seperti biasalah dok terbayang2 McD, KFC, Pizza Hut dan sebagainyalah fast food yang bukannya sihat makanannya. Dah tahu tak sihat, tetap juga tu nak makan. Hahahahaha..... Kalau pizza hut, dapat diganti dengan pizza buatan sendiri. Kalau McD pun boleh lah buat burger sendiri kat rumah. Yang KFC ni rempah ayam dia lain sikit. Nak rasa sama tu yang susah tu nak goreng. Tapi kat sini adalah satu kedai ni namanya Chicken Cottage. Jual ayam goreng sesedap KFC. Mula2 makan tu kami cakap tak sesedap KFC. Ialah tekak dah biasa dengan KFC. Tapi lain pulak jadinya sekarang. Ada KFC halal baru buka kat sini. So, kami pun cubalah. Agaknya dah selalu makan ayam chicken cottage ni, ayam KFC pulak rasa tak sedap. Last2 cari juga chicken cottage. Hahahaha.....



oh chicken cottage ku..... lagi sedap dari KFC... hahahaha....




sila abaikan kain pelekat bos yang dijadikan alas makan... hahahahaha.....



abang ni, time kita ajak makan, time tu lah rajin nak menulis... nanti time kena buat homework, time tu lah nak air lah, nak makan lah, nak buang air lah.... hahahahahaha.... macam2 perangai budak2 ni.... hahahaha.....

Hari makanan TIDAK sihat sedunia

Bila ya hari kami makan makanan tak sihat ni. Lupa pulak aku. Adalah satu hari tu, bos cakap yang jajan anak2 dah habis. Dia pun suruh lah aku beli. Dia siap cakap beli ais krim, coklat kek, air jus anak dan macam2 lagi lah. Aku pun belilah. Balik aje rumah, tak sempat aku simpan barang2 tu, baby dah menjerit minta nak makan semua yang aku beli. Seperti biasa, apabila 'queen of the house' dah minta sambil menjerit, semua hulubalang dan dayang kat rumah ni kenalah menurut perintah. Hahahahaha.....
Mula2, makan ais krim. Habis ais krim, makan coklat cake. Lepas tu makan crisp dan makan biskut. Raya katak betul baby dan abang hari tu. Nak tahu sebabnya??? Sebabnya bos ada kat rumah. So semua boleh. Kalau dengan aku, sorry ler. Hahahahaha.....

sedapnya makan ya....... tak ingat kesihatan langsung.... hahahahahaha.......

Before & After

Hujung minggu yang lepas (bukan semalam ya), semua barang2 dah selamat kami shipping ke Malaysia. Separuh lega rasanya sebab dah kosong rumah. Separuh lagi belum lega sebab nak kena tunggu barang sampai kat Malaysia. Harap2lah semuanya selamat tiba tanpa ada apa2 kerosakan, amin. Hehehehe..... So, semoga bertemu kembali ya barang2 ku. Akan ku pulang menanti mu tidak lama lagi. Hahahahaha..... Orang shipping tu cakap dalam 8 - 10 minggu. So maybe dalam bulan 4 atau 5 sampailah. Tunggu aku pulang ya.... Hahahahaha.....

Sebelum (saratnya rumah aku.... penuh, berselerak dan sempit......)

Selepas (betapa lapang nya rumah ku yang sedia sempit ni... hahahaha.....)

Antara barang terakhir yang kami bungkus....... harap2lah sampai dengan selamatnya.....

So, rumah dah kosong, apa kata tambah lagi barang. Hahahahahaha..... Mahu bising bos ku jika aku tambah barang. Hahahahaha......

Manchester (Tahun 2008)

Sambung cerita jalan2 di UK lagi ya. Kali ni kami singgah di Manchester. Seperti biasalah kan, daya tarikan di Manchester ni tak lain tak bukan MU-nya. Kami singgah di Old Trafford dan sempat lah membeli dan membelah di MU store. Hahahahaha..... Then pusing2 di bandar Manchester, gi universiti dia dan akhirnya tidur di Leeds. Tengok ajelah gambar2 yang sempat dirakam.


alahai keciknya abang waktu ni... hahahaha.... jacket bob the builder ni pun dah tak muat... hahahaha.....


baby lepas bershopping... hahahaha..... keciknya.... hahahahaha......

pusing2 bandar Manchester...... tak berapa menariklah bandar dia kalau nak dibandingkan dengan bandar2 yang lain......

Saturday 27 February 2010

Sensations vs. Twisties & Mamee

Citer pasal makanan pulak ok. Kali ni pasal kopok. Kalau kat Malaysia dulu, kopok twisties dan mamee adalah kegemaran aku. Then bila berhijrah ke sini, tak jumpa kopok2 Malaysia. Tapi jumpa juga kopok yang serasi dengan tekak melayu aku. Kopok sensations thai sweet chilli. Nanti dah balik Malaysia semula, nak kena adjust balik tekak dengan kopok2 Malaysia. Hehehehe... Ke dah ada kot kopok sensations ni kat Malaysia. Bilalah nak balik ni??? Hahahaha....

Queen Control

Ikutilah kisah queen control di rumah ini. Hahahaha.....


Suatu hari, abang sedang khusyuk tengok alphablock kat laptop bos. Tiba2, datang seorang 'queen' dekat dengan abang.


Queen tersebut mula pasang ayat dan ingin berkomunikasi dengan abang. Tapi abang tak layan.


Kemudian, queen main cak2 dengan abang. Abang pun tertarik dengan cak2 baby. Dan seterusnya baby menggunakan kuasa veto nya untuk merampas kedudukan abang dan ingin main laptop tersebut.

Disebabkan terkenal dengan gelaran queen control, baby pun berjaya menakluki laptop dan menyingkirkan abang. Hahahahaha....
Itulah kisah queen control kat rumah ni. Apa dia nak, semuanya dia dapat. Hahahahaha......

Rumah sekangkang kera

Kesian tengok abang dan baby. Cuaca dah lah sejuk. Nak bawa keluar, sejuk sangat. So main lah dua2 kat rumah. Rumah pulak sekangkang kera. Dok lah berlari pusing2 situ juga. Takpelah, nanti kita balik Malaysia, main lah sepuasnya kat tanah. Hahahaha.....

Friday 26 February 2010

Abang dan KUMON Class

Asyiklah citer pasal baby aje, kali ni pasal abang pula. Sebenarnya puas aku suruh bos ambik gambar abang kat kelas KUMON dia. Biasalah kan, memang payah lah nak dapat hasilnya. Dah berminggu2 aku minta dia ambik kan. Banyak pula alasan yang diberi. Agaknya dah tak tahan aku dok bebel aje, last2 dapat juga aku gambar2 abang di kelas KUMON dia.
Yang menghantar abang ke kelas ni bos. Aku tak pernah ikut sebab leceh lah nak bawa baby sekali. Lagi pun bukan boleh bising2 dalam tu. Budak2 tengah study.
Dah nak dekat setahun dah abang join kelas KUMON ni. So far, aku tengok banyak dah abang improve. Bos ada cakap, tak sia2 dia hantar sebab ada hasilnya. Oklah, tengok aje lah gambar yang yang tak seberapa ni yang bos ambik (kalau aku, dah banyak dah aku ambik. silap aribulan, dengan cikgu2 dia aku ambik). Hahahahahaha......

nak ke kelas agaknya waktu ni......
dalam kelas ni...... masing2 tengah khusyuk buat kerja.... hahahahah... bayangkan kalau baby ada ni, mau satu dewan ni dia berlari.... hahahahaha.....

Lunch organised by Women Club

Rasanya dah berkurun event ni dibuat. Tak ingat dah aku bila. Hahahaha.... Event ni setiap tahun sekali akan di buat. Tahun2 yang lepas aku dijemput, tapi sebab baby masa tu kecik lagi dan masih menyusu, so aku tak pergi lah. Tahun ni, aku tak lepaskan peluang. Baby dan besar, so aku cakap dengan bos, boleh tak dia jaga baby. Bos pun alright, aku pun apa lagi, ambil lah peluang pergi. Hahahaha.....
Event ni adalah event lunch bagi semua volunteer dan mereka2 yang dijemput oleh women club. Venue dia dekat Playfair Library di Old College. Cantik sungguh tempat ni. Gah sekali. Makanan pula, memang khas untuk tekak omputih. Aku cari juga sambal belacan ke, petai ke, ulam ke, tapi hampeh takde. Hahahahaha..... Tengok aje lah gambar yang sempat aku rakam.



Aku dan Pin....... Pin ni orang Malaysia juga.....

cantik nya library ni......

orang makan, aku posing... ialah sebab sambal belacan takdak... kalau ada, mana sempat aku nak posing... hahahahaha.....

posing lagi.....

aku ala2 queen turun tangga... hahahahaha.....

lagi posing.....

Jom kacau daddy tidur

Semalam bos balik dengan tak tukar baju terus tertidur kat depan. Penat sangat kot. Masa tu baby tengah segar bugar lagi. Nampak aje daddy dia, terus dia terkam. Hahahahaha..... Bos pun senyap aje, agaknya penat sangat. Kena kacau dengan baby pun tak sedar. Sampai malam aku juga lah yang kena kejutkan masuk bilik. Hahahahaha..... Jom, kita tengok aksi baby mengacau bos tidur. Ada gambar 18SX, so yang 18 tahun ke atas sahaja boleh baca entry ini. Hahahahahaha.....





Hahahaha..... sampai tertonggeng2 baby nak kacau daddy dia..... Akhirnya baby mengalah sebab tak dapat reaksi balas dari bos.... hahahahahaha.......

Thursday 25 February 2010

Kertas dan baby

Cerita pasal baby lagi. Hahahaha.... Ialah, abang kan sekolah. Sehari adalah dalam berapa jam aje dengan abang. Selebihnya abang tidur dan sekolah. Kalau baby ni, 24 jam dengan dia. Makin besar anak2, makin kurang pulak aku spend masa dengan dia orang. Bos lagi ler, berapa jam aje lah dia dengan anak2. Tu sebab aku tengok kalau bos kat rumah, tak pernah dia tak layan anak2. Kadang2 layan anak, sampai aku dia tak layan. Hahahahaha......


Eh aku nak citer pasal baby dan kertas. Hahahaha... Melalut pulak. Ok gini citernya, baby ni bukan sahaja suka main dengan gunting, tapi dengan kertas dah juga pen. Pantang nampak alat tulis lah, mesti habis dia kerjakan. Ok kita tengok, apa dia buat tu.....


senyap2 dia ambik kertas sticky post yang warna kuning tu dan sticky tape..... kemudian dia koyak satu persatu......


dan dia tampal di tingkap..... dan tulis ala2 macam cikgu mengajar di sekolah... hahahahaha....


hah!!! baru dia perasan aku ambik gambar dia... hahahahahaha......

Makan sendiri

Tajuk entri aku ni overlah pulak. Macam kedekut maksudnya. Ialah makan sendiri, tak nak kongsi2 dengan orang. Ala2 kedekut. Tapi bukannya aku nak cerita pasal kedekut. Hahahaha... Nak citer pasal baby. Sekarang baby dah tak payah makan bersuap. Nak makan sendiri. Kalau aku nak suap, mesti dia akan kata, baby nak makan sendiri, baby pandai. Hahahaha.... Aku pun dengan senang hati ler bagi dia makan sendiri. Kurang dah sikit kerja aku. Hehehehe....


pandainya anak mummy makan sendiri..... tapi yang kena kemas, aku ler... habis bersepah.... tapi takpe, senang hati aku tengok dia dah boleh berdikari sikit... hehehehehhe....

Maulidur Rasul


26 Februari 2010 @ 12 Rabiiulawal 1431 adalah hari Maulid Nabi.
Marilah kita sama2 perbanyakkan berselawat ke atas Nabi Junjugan kita.
Salam Maulidur Rasul.
(Gambar masjid diambil oleh bos masa dia pergi Istanbul, Turki. Pinjam gambar ya bos. Hehehehehehehe......)

Wednesday 24 February 2010

Snow di Edinburgh siri 4

Sebagai penutup entri snow hari ini (snow pun dah berenti terus, minat2 lah esok tak turun lagi), kita tengok gambar snow di malam hari. Hahahaha.....








semua gambar di depan dan tepi rumah.... hahahahaha.....

Snow di Edinburgh siri 3

Sambung cerita snow lagi ye, walaupun snow kat luar tu dah berenti (syukur lah tak lebat macam hari tu). Hahahahaha.... Time ni aku paksa bos pergi main snow. Agaknya bos dah tak tahan aku bebel, dia pun ikut kan ler. Hahahaha.... Masa time pergi ni bos nak sound awal2, kalau abang dan baby selsema ke, batuk ke, aku kena jaga. Hahahahaha......

Amboi baby, tak ingat dunia dok main snow......



abang buat snow angle..... last2 aku kena angkat dia... hahahaha....


baby ni sejuk2 pun nak main buai......

smile sambil meleleh2 hingus... hahahahaha.....


ceh, masa nak pergi dok bebel dengan aku.... dah sampai, dia pulak yang over main snow fight dengan abang... hahahahahaha.....


abang mengumpul snow, nak main snow fight dengan bos......


wheeeeeeee......... seronok main snow yer.... sampai selsema abang........


ni atas bumbung belakang rumah aku....... punya lah semangat aku panjat nak main snow.... hahahahaha..... bos temper aje tengok aku (temper sebab aku suruh dia ambik gambar).... hahahahaha.......


dalam kan snow.... nasib baik lah yang turun hari ni tak sedalam ni.... hehehehehe......