Lama sungguh rasanya aku tak sempat nak update blog. Macam2 kena buat. Layan tetamu, bekerja, memasak, kemas rumah dan yang paling best, jalan2. Hahaha.... Tidak, aku tidak layan tetamu sebab CNY yer. Ada kawan datang dari Sheffield. Sebenarnya kawan bos. Jadi kawan aku juga. Bab tetamu dan jalan2 dengan tetamu, lain entri ok.
Entri ni nak cerita abang hari Jumaat minggu lepas. Kelas dia buat pyjamas party. Semua budak kena pakai pyjamas dan ada acara baling selipar dan macam2 lagi, serta ada kutip derma untuk tabung Haiti. Bab2 ni, bos paling over. Bukan bab Haiti tu, tapi bab2 dressing up ni. Hahahaha.... Dia concern sangat pasal anak dia. Takut anak dia ketinggalan atau tak ikut tema. Siap sanggup tu suruh aku beli pyjamas baru. Hahahaha.... Bos yang hantar abang ke sekolah Jumaat lepas. Bos cerita dengan aku, cikgu dia pun pakai pyjamas. Sporting abis dia orang ni. Hahahaha.....
No comments:
Post a Comment