Sunday 28 February 2010

Ala-ala KFC

Banyak pulak citer pasal makanan kat blog aku ni. Ini tiada kaitan dengan saiz badan aku yer. Bukan bermaksud selalu citer pasal makan, aku pun makin 'sihat' (ni ayat cover). Hahahahaha....

Ok, sebenarnya nak citer pasal satu restoran yang jual ayam goreng berkonsepkan KFC dan yang penting ianya halal. Masa kami sampai kat sini, seperti biasalah dok terbayang2 McD, KFC, Pizza Hut dan sebagainyalah fast food yang bukannya sihat makanannya. Dah tahu tak sihat, tetap juga tu nak makan. Hahahahaha..... Kalau pizza hut, dapat diganti dengan pizza buatan sendiri. Kalau McD pun boleh lah buat burger sendiri kat rumah. Yang KFC ni rempah ayam dia lain sikit. Nak rasa sama tu yang susah tu nak goreng. Tapi kat sini adalah satu kedai ni namanya Chicken Cottage. Jual ayam goreng sesedap KFC. Mula2 makan tu kami cakap tak sesedap KFC. Ialah tekak dah biasa dengan KFC. Tapi lain pulak jadinya sekarang. Ada KFC halal baru buka kat sini. So, kami pun cubalah. Agaknya dah selalu makan ayam chicken cottage ni, ayam KFC pulak rasa tak sedap. Last2 cari juga chicken cottage. Hahahaha.....



oh chicken cottage ku..... lagi sedap dari KFC... hahahaha....




sila abaikan kain pelekat bos yang dijadikan alas makan... hahahahaha.....



abang ni, time kita ajak makan, time tu lah rajin nak menulis... nanti time kena buat homework, time tu lah nak air lah, nak makan lah, nak buang air lah.... hahahahahaha.... macam2 perangai budak2 ni.... hahahaha.....

No comments: