Tuesday 9 February 2010

Rambut sama hitam, hati lain-lain......

Aku dok tengok gambar ni, then aku teringat satu peribahasa/perumpamaan berkait dengan rambut. "Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain". Then aku dok terpikir, kat sini tak boleh lah nak guna peribahasa/perumpamaan tu. Tengok aje lah gambar ni, rambut masing2. Ada yang hitam, ada yang putih, ada yang perang. Dan juga, orang putih kat sini suka sangat dengan rambut baby. Dia cakap yang dia idam2kan nak rambut hitam macam ni. Hahahaha.... Ni sudah terbalik lah pulak. Aku bukan main lagi suka warna rambut dia orang. Ala2 anak patung gitu. Kah kah kah kah. Bukan rambut aje, tapi bab warna mata pun sama. Ada seorang kawan aku ni, dia siap cakap, kenapa anak mata hitam dia warna kelabu. Kenapa tak hitam macam warna anak mata baby. Kah kah kah kah kah kah.Tiap kali jumpa baby mesti dia akan tengok mata baby. Dia cakap geramnya tengok anak mata baby, hitam betul. Hehehe.... Agaknya inilah lumrah manusia kan. Tak pernah puas dengan apa yang ada. Oklah, layan aje lah gambar yang aku maksudkan.....

tengoklah, pelbagai jenis warna rambut....

yang ni paling ketara..... rambut tak sama hitam, hati lagilah tak sama dan serupa.... hahahaha....

No comments: