Saturday 20 February 2010

Mari Memasak

Hari tu aku ada buat entri, kaedah memasak bila anda sedang dilanda kemalasan. Tapi hari ni lain sikit. Aku nak buat entri pasal masak jika anda dilanda kerajinan. Hahahaha.... Ok, tajuk masakan hari ini ialah Kerepek Ubi Pedas.

Mula2, kupas kulit ubi kayu dan hiris kecil2 serta halus2 (aku tak sempat ambil gambar bab ni). Kemudian panaskan minyak dalam kuali. Masukkan ubi yang telah dihiris halus tadi ke dalam kuali dan goreng sehingga masak dan bukan hangus. Hahahaha.... Maaf kualiti gambar sangat teruk sebab memasak di malam hari lepas anak2 dan bos tidur (agaknya nampak tak atas kuali tu tengah goreng kepek) Hahahaha......


Inilah hasilnya lepas digoreng. Kemudian sediakan bahan untuk menyira kerepek yang sudah digoreng (pun aku tak sempat nak tangkap gambar, sebab kalau terhegeh2 tangkap gambar, tak jadi nanti kepek aku). Hahahahaha......

Hasilnya lepas disira. Kualiti gambar pun menghampakan sebab aku dah ngantuk nak masuk tidur. Tapi esok pagi bos bangun makan dan mula2 dia puji. Kata sedap, garing. Tapi bila dah separuh bekas ni habis. Dia letak dan kata 'hangit sikitlah rasa kepek ni, tak sedap sangat'. Sabor aje lah aku dengar. Dah separuh bekas dia makan, baru nak cakap hangit lah. Takpe, sebab aku tengah rajin, aku senyapkan aje ler. Hahahahaha.....

No comments: