Monday 27 September 2010

Aktiviti Hujung Minggu



Cuaca bukan main cerah semalam.... Abang dan baby pun merengek2 ajak keluar.... Sikit2 cakap, it's sunny... let's go to weeeee... hahahaha.... last2 aku dengan bos pun ikutkan lah.... keluar aje rumah, mak aiiii.... sejuk ya amat.... nampak aje panas... hahahaha.....
bos pulak asyik cakap, malasnya nak pergi weeee.... bosan dia cakap.... asyik2 weee.... lepas tu dia terus suruh abang dan baby bawa basikal..... budak berdua tu apa lagi.... pantang di pelawa... hahahaha.... inilah hasilnya.... aktiviti berbasikal di hujung minggu.... layan aje ler ye video ni......

Friday 24 September 2010

Mandi

'Mummy, come I show you'.... 'Baby want to take shower'.... 'Like this, shhhhhhiiii shhhiiiii'...
Yang shhhiiii tu konon2 bunyi air pancut keluar ler.... Hahahaha..... Antara koleksi baby doll baby terbaru.... Seperti biasa, benda baru dia akan main sampai bawa tidur.... Selang dua tiga hari, dia akan minta yang lain..... Hahahaha....
Tempat buth tub baby doll dia ni mula2 beli aku pikir mainan aje... Bila bos bawa masuk bilik air, isi air, rupanya boleh betul2 mandikan doll.... apa lagi sakan ler baby memandikan sampai satu tahap kena bagitau, baby cold... tak nak mandi dah..... baru dia nak berhenti... ada satu lagi kelengkapan baby doll baby yang masih dicari2.... apa dia??? tunggu ya bila dah beli, baru kita share kat sini... hahahaha....

Thursday 23 September 2010

Petikan Gitar


lihatlah aksi queen memetik gitar.... macam profesional aje... hahahaha.....
yang abang pula suka menyakat queen time memetik gitar... hahahahha.....

Wednesday 22 September 2010

Barber Visit

SEBELUM



SELEPAS
Dah menjadi rutin bulanan aku, bawa abang ke barber. Bab bawa abang ke kedai gunting rambut mulanya menjadi tugas bos, tapi akibat satu insiden yang tak boleh aku nak ceritakan kat sini, terus bos serah tugas tu kat aku. Sejak itulah, yang rasanya dah setahun lebih aku ler yang akan mengadap tukang gunting ni tiap2 bulan atau bila aku nengok rambut abang dah panjang sangat.
Bestnya kedai gunting rambut yang satu ni ialah, tukang gunting rambut yang baju hitam tu merupakan tukang gunting tetap yang kalau aku bawa abang, seramai mana orang pun dia akan nak gunting rambut abang. Dia tak bagi kawan dia guntingkan. Dia pernah cakap dengan aku yang dia sorang aje yang tahu nak handle dan gunting rambut abang. Hahahahaha....
Abang pula bila ajak pergi gunting rambut tak banyak bunyi. Yang penting bila habis gunting dia akan tunggu untuk dapat lolipop. Padahal sama aje lolipop yang aku beli kat kedai. Tapi yang kat kedai gunting rambut ini juga dia nak. Hahahaha.... Yang bestnya, tukang gunting ni dah tahu kena bagi dua lolipop sebab ada sorang queen menunggu yang tak gunting rambut tapi nak juga lolipop. Hahahaha....
Nanti bila balik Malaysia, aku nak serah balik tugas ni kat bos. Bagi bos bawa abang kedai mamak gunting rambut pulak. Hahahahaha.....

Tuesday 21 September 2010

Syawal 1431 Hijrah

Agaknya Syawal terakhir di bumi UK bagi kami sekeluarga. Tiada yang menarik Syawal kali ini kerana 1 Syawal jatuh pada hari Jumaat. Anak2 bersekolah, aku dan bos pun bertugas. Namun, tradisi bersalaman memohon maaf di pagi Syawal kami sekeluarga tetap diteruskan dan juadah hari raya tetap sempat disediakan. Abang dan baby agak kurang faham kenapa perlu bermaafan dan bersalaman. Hahahaha.... Takpe, slow2 ya. Nanti lama2 akan faham ler.
InsyaAllah memang aku tak sabar nak tunggu Syawal 1432 hijrah. Sebabnya nak balas dendam nak raya sakan. Hahahaha..... Semoga dipanjangkan umur, diberikan kesihatan dan diluaskan pintu rezeki untuk menikmati Ramadhan dan Syawal akan datang. Amin.....

Monday 20 September 2010

mencari birthday present

Orang lain sibuk berhari raya hujung minggu lepas (raya kedua dan raya ketiga). Aku dan bos pulak, sibuk bertugas dan bertukar tangan menjaga abang dan baby. Sambil tu sempat juga buat perancangan birthday party untuk abang. Dari tema, decoration, kek, kad, lilin sampailah ke hadiah, panjang list yang abang minta. Hahahahaha... Kalau ikutkan, mau penuh satu rumah hadiah birthday yang dia minta. Abang pula dah pandai nak surprise, yang mana masa nak beli hadiah dia tak nak ikut. Dia minta aku dan bos buat surprise party untuk dia. Hahahaha..... Macam2 abang.
So permintaan abang untuk buat surprise party tu pun kami turutkan lah. Balik saja dari sekolah, bos yang ambik abang. Bos cerita kat aku, jumpa saja bos, abang dah tanya, dah siap surprise party dia?? Hahahaha... Kelakar aku dengar. Kalau ikutkan dah tak surprise ler kan, sebab dia dah tau yang party sedang menunggu dia kat rumah. Hahahaha... Aku dan bos pun layankan lah.
Gambar party tak sempat upload tapi gambar mencari hadiah sempat upload (kes malas sebab gambar party dalam kamera, tapi gambar cari hadiah dalam phone - senang nak upload). Hahaha... Ok kita tengok gambar cari hadiah aje ler ye.
antara birthday wishlist yang abang senaraikan... hahahahah......


aku pergi dengan baby saja masa nak cari hadiah abang ni.... dah katanya surprise... mana boleh dia ikut..... sambil cari hadiah abang, sudah semestinya hadiah baby kena ada juga.... kek kena beli dua, kad kena ada dua dan hadiah pun kena ada dua.... hahahahahha... padahal birthday abang dia.... sampaikan aku dan bos confuse, ni nak celebrate birthday sapa ni... hahahha... tapi queen tetap jadi queen kan... mana boleh orang dapat dia tak dapat... hahahaha....

akhirnya, selesai sudah party abang.... baby happy dan yang penting abang pun happy dapat apa yang dia nak (tapi tak semua sebab kalau semua dapat, pokai aku dan bos)... hahahaha.... apa2 pun, daddy dan mummy doakan abang sentiasa sihat, cergas dan menjadi anak yang soleh, semoga terpelihara hidup di dunia dan juga di akhirat kelak.... amin.....

Thursday 9 September 2010

Salam Aidilfitri

Buat pembaca blog ANDAK... Salam Aidilfitri dari kami sekeluarga.... Mohon maaf zahir dan batin... Semoga berbahagia dia hari raya ini.... Doakan kami sekeluarga berjaya dan bakal pulang ke Malaysia dan menyambut hari raya di Malaysia tahun hadapan.... Tak sabarnya nak raya tahun depan... Hahahahaha......

Wednesday 8 September 2010

My art

penuh dah satu rumah dengan painting dan hasil art baby.. sejak dua menjak masuk nursery ni, hampir tiap hari dia bawa balik hasil painting dia.... cikgu siap cakap yang baby tiap2 hari mesti ada buat painting... nak jadi pelukis handalan ke baby??? hahahahahha..... akhirnya bos suruh aku ambik gambar painting yang baby buat... lepas tu, sila hapuskan hasil kerja itu... sangat berselerak dan bersepah satu rumah.... hahahahaha.....

Tuesday 7 September 2010

Kisah belon di Edinburgh Fringe Festival 2010

Penutup cerita Fringe Festival 2010.... Biasalah kan, kalau bawa abang dan baby keluar mana2... balik mesti dalam tangan ada beli barang atau toys.... Kali ni kat festival dia orang berdua dapat belon.... Yang abangnya dapat sword balloon... dan baby nya dapat flower balloon..... Tapi ada kisah disebalik balloon ni...


aku pikirkan orang scottish yang buat balloon ni... rupanya orang luar.. mcm dari italy aje gaya cakap dia... hehehhee....

berbaloi jugak sebenarnya beli balloon ni... sebab dia buat show sekali untuk abang dan baby masa buat bentuk balloon ni.... abang join in show ni... yang baby jual mahal.... orang tu cakap dengan dia, dia buat dekkkk aje... hahahahha.... kesian aku nengok mamat belon ni...

baby dengan sabarnya menanti flower balloon dia siap... masa buat kan flower balloon untuk baby, mamat belon ni suruh lah baby tiup dia nak buat magis nak kembangkan bunga tu.... bolayannnnn..... hahahahha.... last2 abang juga yang tiup... lepas dah siap, mamat belon ni bagilah flower balloon tu kat baby... pun dia tak nak ambik... bos yang ambik.... apalah nak jadi queen aku sorang ni.. menyombong dia tahap maksimum dah.... hahahaha....

abang dengan sword balloon dia... bos cakap, tak macam sword pun... dia pun boleh buat... hahahahaha.... sampai rumah selang 20 minit, sword belon warna biru abang meletup..... maka, berderailah air mata abang.... hahahahaha..... akhirnya yang jadi mangsa, aku juga... kena turun beli belon baru... al-kisahnya cerita belon....

Monday 6 September 2010

Edinburgh Fringe Festival 2010 - Siri 2

Orang lain sibuk nak beraya, aku pulak sibuk citer kisah Fringe Festival. Hahaha... Mood nak raya takde lah tahun ni. Hehehehe.... Ok kita sambung citer pasal festival yang baru saja berakhir minggu lepas.

dalam entri pasal festival yang siri 1, aku ada janji nak buat entri pasal perempuan rambut pink ni.... sensasi lagi hangat perempuan rambut pink ni... nak tau?? jom tengok gambar selanjutnya....


inilah dia perempuan rambut pink tu... gambar dari jarak dekat..... perempuan ni dah masuk dalam guinness world book record..... dia perempuan paling banyak bertindik di dunia.... ni link nya.... http://www.guinnessworldrecords.com/records/human_body/extreme_bodies/most_pierced_woman.aspx
satu badan abis dia tindik.. seram sejuk aku tengok muka dia... abang dan baby lagi ler... terdiam nengok... rasanya terdiam takut kot... hahahaha....
bila dah sampai sini, bos pun hasut aku ambik gambar dengan dia ni.... bos ckp bila lagi... aku pun bab posing ni pantang di pelawa... letak duit kat kotak dia, terus dia cakap: 'come here my darling'.... hahahaha....
lepas tu dia cakap lagi, 'one more...' hahaha... bos pun apa lagi terus click... click.. click... hahahaha.... lepas tu bos tunjuk aku gambar yang dia cakap one more... rupanya dia jelirkan lidah dia... hahahaha... dalam mulut pun dia tindik... hahahha... mcmana lah ek nak mandi, makan dan sebagainya... gerun aku fikirkan... hahahahha....

Friday 3 September 2010

Berapa kerapkah anda bawa anak ke playground?


Sejak dua menjak ni, baik abang dan baby. Kalau nampak aje matahari memancar, dia akan mula dengan ayat, 'Daddy it's sunny today'. Itu ayat pertama dia. Kalau bos cakap, aah atau ya. Dia akan sambung dengan ayat seterusnya, 'Can I go to weeeeee (maksudnya playground)'. Bukan wee wee yer. Weeeee tu umpama dia tengah turun dari slide sambil berkata, wheeeeeeeee..... Hahahaha.... Dan kalau dengan bos, yes aje. Agaknya bagus ke kita bawa selalu budak main kat playground? Kerap tak anda bawa anak anda ke weeeeee? Kadang aku risau juga, asyik ingat main aje. Tapi bila fikirkan, budak2 kena juga ada aktiviti fizikal kan. Entahlah, aku ikutkan aje ler... Hehehehehe.....

Thursday 2 September 2010

First day nursery

Gembiranya baby di hari pertama sekolah. Baby bukan main gembira, tapi aku dan bos punya lah gementar, seram sejuk semua ada. Ialah queen lah kata kan. Hahahahaha.... So far, alhamdulillah baby tak pulak meragam selama di sekolah. Sekarang ni dah boleh tinggal terus tapi aku still duduk di sekolah. Tak berani lagi nak balik rumah. Ialah mana tahu tiba2 queen out of control. Hahahahaha.... Alhamdulillah juga sebab so far baby tak pulak anti sosial dengan budak2 lain dalam kelas dia. Dia bermain bersama2. Cuma bila cikgu panggil dia atau nak berbual dengan dia, baby akan senyap dan tak nak cakap serta tak nak balas balik apa cikgu tu tanya. Hahahaha.... Nak kata malu, kat rumah dia queen. Agaknya ni mesti dia praktik kan ajaran bos agar jangan bercakap dengan orang yang dia tak kenal. Hahahaha.....

Ada satu insiden hari pertama kat sekolah. Dia nak buang air kecil. Aku dengan cikgu dia masuk lah tandas sekali dengan dia. Lepas dia buang air kecil, cikgu dia dengan ramahnya ajar dia buka paip, then sabun tangan dan last sekali tutup paip air tu. Punya lah dia tak nak dengar kata, apa cikgu dia suruh buat dia buat dekkkkk aje. Aku dah biasalah kan. Kalau kat rumah tu, dia akan jawab, 'I know and I can do it myself'. Agaknya dengan cikgu ni dia takut nak cakap lagi, so dia pun buat muka ler sambil tak ikut cakap cikgu dia. Terkulat2 aku tengok cikgu dia. Kesian pun ada. Hahahahaha.... Aku cool aje, sebab dah biasa. Then aku suruh cikgu dia keluar. Aku handle, kejap aje dia tutup air paip tu. Hahahahaha.....

Wednesday 1 September 2010

Edinburgh Fringe Festival 2010 - Siri 1

Sudah menjadi kebiasaan, setiap kali fringe festival, aku anak beranak akan ke Royal Mile. Sepanjang jalan ni akan ada show. Ada yang menyanyi, berlakon, juggling, berjoget dan macam2 lagi ler. Abang paling suka tengok orang juggling dan buat magic show. Ok, jom kita tengok apa ada kat Fringe Festival tahun 2010 ni.


first sekali mestilah ada aku.... hahahahaha...... posing tetap kena yer tuan2 dan puan2... hahahaha...

ni dia orang dok main instrument sambil nyanyi...


apa ke nama street show ni ek... bos ada cakap ari tu tapi aku lupa... hahahhaa... ni charlie chaplin (betul ke aku eja.. hahaha).... ni orang betul ni..... jadi patung....

yang ni pulak puteri silver memegang bola silver... kalau kita bagi dia donation, dia akan bergerak sambil bagi kita bola silver tu, tapi kena pulang kan semula ya.... pandai dia orang ni cari rezeki..... bos siap bagi aku cadangan lagi... dia suruh aku pakai baju traditional melayu siap sanggul.... bila orang bagi donation, terus menari zapin ke, mak yung ke.... hahahahhaa... bos cakap, dapat 100 pound donation, balik ler rumah... duit tu bagi kat dia.. hahahahahaha....... sungguh kurang bernas idea bos ku ini... hahahaha.....

ni pulak comedy + juggling + action show... abis dia buat show dia akan announce yang kita bagilah dia donation hasil persembahan dia... aku dok terpikir, macam2 cara manusia meraih rezeki kan....




ni salah satu show yang kita orang nengok.... abang bukan main terpegun dengan aksi2 dia orang ni.. balik rumah terus tiru... hahahahaha.....

di mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan.... baby sekarang dalam training untuk menjadi mamarazi... hahahaha.. ke mana sahaja pergi, dia akan snap, snap, snap, snap, snap... ikut sapa agaknya ya?? hahahaha.....


selain dari show, akan ada orang yang berpakaian pelik2 memberi flyer untuk show2 berbayar dan percuma di tempat lain.... macam2 fesyen ada......

yang ni aje tak buat show... hahahahha.... tahun depan lah nak cadangkan kat bos suruh dia buat show silat kat sini... dapat 500 pound balik ya.... bagi kat I duit tu... I nak beli LV... hahahaha....

ada cerita di sebalik perempuan berambut pink tu... tunggu entri seterusnya... hehehehehe.....

My new rain coat

Sila abaikan muka baby yang macam tergamam pun ya, macam terkejut pun ya. Sebenarnya baby muka macam tu sebab baru dapat rain coat. Dan rain coat baru baby ni sangat keras kejung. Agaknya sebab tu muka baby berkerut kerana terpaksa pakai baju keras kejung. Hahahahaha.... Mula2 aku malas nak belikan rain coat untuk baby. Ialah kan, tak lama lagi dah nak balik Malaysia. Lepas tu, kat Malaysia bukannya pakai sangat. Tapi disebabkan tak tahan bebelan bos, so aku pun belilah. Lagi pun baby dah start sekolah. Kurang dah nak naik stroller. Dah nak jalan saja. So kalau hujan, boleh lah hantar dia ke sekolah dengan menggunakan rain coat baru dia ni. Hehehehe.... Lepas ni nak jual stroller lah pulak. Baby dah tak nak naik. Sapa mau, lelong lelong 10 pound.... Hahahahaha.....