Showing posts with label hidup di edinburgh. Show all posts
Showing posts with label hidup di edinburgh. Show all posts

Wednesday, 20 January 2010

koleksi foto 2007- 2008 (Trip to York)

Lagi cerita dan foto tahun 2007-2008. Harap tak jemu ler baca cerita dan kisah silam lama2. Hahahaha.... Ini sebenarnya kali pertama kami pergi jalan2 selepas baby dilahirkan. So kiranya ini kali pertamalah baby berjalan2. Trip ke York ini dah lama Bos rancang tapi memikirkan baby masih kecil terpaksa lah ditangguhkan. Sehinggalah bos rasa baby dah sesuai, baru bos booking hotel dan train. Kita orang pergi dalam musim winter ni. Kebetulan rezeki kami, hari kedua kat York, snow turun dengan lebatnya. Merasa abang dan baby first time main snow yang tebal. Sepanjang winter tahun tersebut, Edinburgh snow dia tak lebat langsung. Turun sikit, cair. Rezeki kami. Alhamdulillah......
Masa pergi York ni, kami masih tak bekereta lagi. Tak berkemampuan, so kami pun pergi dengan menaiki train. Perjalanan memakan masa dalam 2 jam. Yang bestnya, bos kasi surprise. Rupanya dia booking first class seat. Pengalaman pertama kami naik train first class kat sini. Yang membezakan dengan kelas yang lain ialah, dia serve tea dan layanan lebih kurang macam atas flight. Dan tak ramai orang. So selesa lah anak2 dan kami. Boleh bising sebab satu gerabak itu kami yang punya. Hahahaha....
York ni sebuah bandar yang sangat kecil. Aku nak puji sikitlah bandar York ni sebab usaha mereka memelihara bandar ni sungguh lah bagus. Jalan2 nya dan bangunan2nya sama seperti 200 tahun yang lalu. Semua jalan ini tak dibenarkan kenderaan masuk. So pejalan kaki sahaja. Selesa dan rasa macam berada di bandar 200 tahun dahulu. Jalan2 dan lorong2 nya sangat kecil dan bangunan2nya lain sangat dari tempat yang lain. Tengok aje lah gambar2 yang sempat dirakam.
Antara gambar di bandar York. Yang atas ini York Castle. Kualiti gambar tak baik sangat sebab ambik pakai phone. Hehehehe....
Silap ler. Sepatutnya tiga gambar ni dulu. Tapi takpe lah. Ni gambar kat Waverley Train Station, atas train dan kat York train station......
view sepanjang ke B&B yang kami sewa......
hari pertama jalan2 di York... sempat kasi makan merpati kat garden dia dan naik boat.......
Hari kedua kat York.... Snow..... Bos tengah bertungkus lumus nak buat snowman...

Kali pertama abang dpt main snow... Dan dapat buat snowman dgn berjayanya... Abang tak nak bergerak dari snowman dia.... Puas pujuk.... Rupanya dia takut orang lain ambik snowman dia... lawak lah abang ni....... kah kah kah........
Hari terakhir sempat kami pergi Muzium train dia dan naik York Eye..... malas pulak nak upload gambar.... hehehehehe........

Monday, 18 January 2010

koleksi foto tahun 2007-2008 (Aberdeen Storylands)

Lagi cerita kami pada tahun 2007-2008. Waktu ni nak masuk winter dah. Saja bawa budak2 jalan. Disebabkan kami pergi waktu winter, tempat yang kami pergi ni takde orang. Agaknya mat salleh sini pelik kami pergi sejuk2. Hahahaha.... So, storylands kat Aberdeen yang kami pergi ni, umpama milik kami ler sebab takde orang. Kalau tak silap, hanya ada satu lagi family. Storyland ni agak besar jugak. Dibina atas bekas tanah ladang pertanian. Setiap character yang wujud dalam dunia imaginasi kanak2 ada dalam storyland ni. Character yang ada adalah berdasarkan character buku cerita seperti jack and jill, humpty dumpty, cinderella dan macam2 lah. Sebenarnya banyak foto kami ambik (boleh dikatakan di setiap character yang ada) tetapi disebakan malas nak upload. So, layan aje lah ye foto yang tidak seberapa ni. Hahahaha.....
di pintu masuk storyland... belakang tu cafe dan souvenir shop....

abang posing kat humpty dumpty...


abang dan baby atas kereta cinderella......


abang duduk atas tangan pig... ni citer three little pig yang rumah kena serang wolf....


atas harimau besar... citer apa ye ni?? tak tau pulak aku.... hahahah....


baby dengan tellytubies nyer.... hahahaha.... takut nak dekat... posing jauh2 aje... hahaha....


ni tengah sejuk ni, tapi posing punya pasal, buat cool aje... hahahaha....

Saturday, 16 January 2010

snow ball konon....

Agggrrrrrrhhhhhhh!!!! Budak2 ni senyap2 rupanya ini kerjanya. Aku sibuk memasak kat dapur, dia berdua kat bilik buat kerja ini rupanya. Mulanya, abang sibuklah tanya kat aku yang dia nak buat snow ball. Aku pun cakaplah, "ok". Tak terfikir pula snow ball yang begini dimaksudkan olehnya. Tapi sebelum tu, dia ada tanya kat aku, boleh ke dia nak ambik kertas. Aku pun cakap, "ok". Lepas tu dia panggil aku masuk bilik. Dia pun cakap, "look at all my snow balls, mummy". Punya lah terkejut aku. Rasa nak pitam aku tengok. Baby pulak dah gelak2 sambil baling2 snow ball. Dari nak marah, terus jadi kesian kat budak2 ni. Hari tu masa snow lebat, dia orang nak main snow, tapi bapanya melarang. So, terpaksa redha tengok dia orang main kertas snow ball. Yang lagi best tu, aku pun biarkan saja sampai bapanya balik. Balik saja bapanya, dia pun sama nak pitam. hahahahahhaa. Bos siap cakap, taukeh kilang kertas pun boleh bankrup macam ni. hahahahaha. Budak2 ni macam2 kan. Entah dari manalah dia belajar ni. Sungguh kreatif sekali. Ni mesti ada tengok dari mana2 ni.

Baby dah gelak2 sakan, dok main konon2nye snow ball.


Abang tolong menyepahkan rumah yer. Tak kemas jaga!!!


Manalah maknya tak pitam. Begini gaya jadinya bilik.


Pandai main pandai kemas yer.

Friday, 15 January 2010

abang dan home work....

Setiap petang lepas balik sekolah abang akan mengadap home worknya. Sebab dah hari2 di latih buat home work, kalau mak dan bapanya lupa, dia akan ingat kan. Homework ni bukan dari sekolah, tapi dari KUMON class nya (sekolah seminggu sekali pun susah nak bagi homework). Tapi nak ajar budak2 ni bukan senang kan? Tangan kaki semua rasa nak naik kat dia. Lagi2 abang yg jenis, bila kita ajar, macam2 kerenah ada. Sekejap nak berak sekejap nak kencing. Lepas tu gatal kepala, gatal kaki, semuanya lah gatal. Bukan aku je naik angin bila ajar abang ni. Bos pon sama naik darah kat kepala kalau mengajar (aku ingatkan pensyarah macam bos ni reliks jer). hahahhaa..... Bos siap cakap, mengajar orang besar lagi senang.
Abang ni, bukan nya dia susah nak tangkap. Tapi dia ni main2 (tu yang buat gerammmmmmmmmm). Lagipun abang kat sini dia tak ramai kawan. Yang ada baby jer lah (tu lah kawan baik dan kawan gaduh dia). Kawan yang ada pun hanya kat sekolah. So, hari2 aku penuhkan lah aktiviti dia, sampailah dia nak lelapkan mata. Takpelah abang, nanti balik Malaysia, ramai lah kawan dan sepupu2 sepapat. Sini jiran sebelah rumah pun tak pernah jumpa. Lagi pun jiran kami ni couple. Tak ada anak. hehehehe......

Thursday, 14 January 2010

waktu ditinggalkan suami thn 2007

Jangan salah faham dengan tajuk kat atas tu. hehehehe...... Ditinggalkan kat atas tu maksudnya, bos balik Malaysia (ada kerja dalam 1 bulan jer). Bayangkan lah duduk kat negara orang waktu tu. Aku baru aje 2 hari lepas pantang (bersalinkan baby). Yang sebenarnya bos ada ajak aku balik. Tapi aku tak nak (bukan tak suka atau dah lupa daratan yek). Cuma kesiankan kat anak2. Iyer lah dalam flight jer dah makan 13 jam. Belum tambah lagi yang kat airport, transit sana, transit sini. Lagi pun waktu tu aliya tak sampai dua bulan pun lagi. Walau bagaimana pun, dapat jugalah pengalaman hidup tanpa suami di sisi terutama sekali di negara orang (sebenarnya sekali sekala syok jugak.... tak yah layan kerenah bos yang cerewet tu..... hehehehe). Tapi kan dalam banyak2 benda semasa ditinggalkan bos, benda yang paling susah ialah nak buang sampah. Al-maklumlah, rumah yang kami sewa kat sini di tingkat satu. So bayangkan lah, mana nak bawa anak, bawa sampah, buggy lagi. Tapi sebab tiba2 kena jadi superwoman, aku pun guna strategi ler. Mula2 tinggalkan budak dua orang ni kat atas dalam rumah. Then bawa turun sampah dan buggy. Then tinggalkan dan letak kat tingkat bawah dulu. Lepas tu baru naik semula ambik abang dan baby. Setiap hari kena buat camtu. Kalau tunggu lama2, alamat lah sampah semakin banyak. Lagi parah nak bawak turun. So tiap2 hari ler nak kena buang sampah. Dan dah alang2 turun tu, aku beli lah barang sekali.
Kemudian satu kes lagi nak bawa naik anak2, buggy dan barang shopping. Masa ni lah aku rasa aku ala2 jadi Dato' Malik Nor. hahahaha...... Gagah perkasa. Strategi balik rumah pula ialah hantar budak dua orang ni naik dulu. Kasi dia masuk dalam rumah dulu then, barang dan buggy ambik kemudian. Aku rasa bos kat Malaysia tu mesti tak senang duduk pikirkan kita orang kat sini. Walhal, aku kat sini reliks jer. hahahaha.... Rasanya sampai bila2 aku tak akan lupa pengalaman ini. Susah jugak sebenarnya hidup tanpa suami di sisi ni (bukan sebab susah kena buang sampah jer). Macam2 lah, dengan lampu meletup dan macam2 lah. hahahahha..... Tapi alhamdulillah, dengan pengalaman macam ni aku rasa aku lebih berdikari jika nak dibandingkan dengan dulu. Panjang juga aku menulis kali ni. Apa-apa pun layan aje lah gambar2 kami yang kena tinggal ketika itu. hahahhaa...






Ini gambar waktu bos dah nak dekat balik sini. Bos balik je, aku kene marah, sebab potong rambut abang gaya gini. hahahahahaha... Takde plak aku ambik gambar turun naik bawak sampah. Kalau tak, sure bos simpati tengok. hahahaha........

Sunday, 10 January 2010

koleksi foto 2007

Antara koleksi foto kami jalan2 ke Glasgow. Masa ni dah sarat mengandungkan baby. Rasanya menunggu hari aje ni. Layan aje lah gambar ek.

Pergi naik train aje. Abang punya lah excited, 1st time naik train.




Then sampai sana, kami naik bus hop on hop off. Bus ni abang panggil 'bas terkoyak' sebab bumbung takda.



Gemuknya aku. Tengah sarat ni.



Abang seperti biasalah kalau jumpa permainan ni. Mesti nak main. Nanti aku nak buat satu entri khas mengenai minat abang bermain benda alah ni.

Friday, 8 January 2010

lagi koleksi foto 2006

sambungan citer tahun 2006-07.... ni rasanya minggu kedua atau ketiga kat edinburgh..... baby tak lahir lagi.... masih dalam purut.... hahahaha.... layan gambar je lah yer....


Ya ampun tembam nye aku .... kah kah kah (sekarang pon sama)





Menyelam sambil minum air.... hehehehehehe (abang mintak main ler)



Kalau dah ada gambor ikea ni aper lagikan kan kan?... hehehehehehe (beli barang keperluan rumah) baru pindah katakan... pinggan mangkuk... sadu garpu semua benda nak beli....



Thursday, 7 January 2010

koleksi foto 2006 dan pertama2 kali.....


hari pertama masuk rumah sewa .... ( kosong nye hehehehehe)




pertama kali abang jejak kaki kat edinburgh....








kali pertama kami menjejak kan kaki di amsterdam.....
sebanarnya banyak lagi gambar2 tahun 2006 kat bumi UK ni... gambar kat atas tu antara gambar minggu pertama di UK.... nanti akan di upload.... tungguuu..... (tak kira lah kan cerita 3 tahun kebelakang.... nak jadikan modal dalam blog... hahahaha....)