Khamis minggu lepas, seperti biasa aku akan ke playgroup. Semenjak dua menjak ni, baby asyiklah sebut playgroup. Tiap2 hari tanya dia boleh pergi playgroup ke tidak. Punya lah seronok, kalau boleh tiap2 hari nak pergi playgroup. Kebetulan pulak minggu lepas abang masih cuti sekolah. So aku pun bawalah dua2 sekali pergi playgroup. Abang yang dah besar tu pun suka juga. Tengok ajelah gambar yang aku sempat ambil. Hehehehe.....
ni main london bridge... hahahaha....
sampai tak perasan aku ambik gambar dia.... kalau tidak dah siap2 posing dah.. hahahaha.....
No comments:
Post a Comment