Friday 4 June 2010

KUMON achievement

KUMON ni aku sebenarnya tak pernah tahu pun. Bila mula2 bos bagitau, aku ikutkan aje. Kalau itu yang baik untuk anak2, aku ikutkan aje. Sebenarnya mula2 aku dengan bos agak terkejut dengan sistem KUMON ni. Kami mulanya pikirkan macam sistem tuisyen. Cikgu yang mengajar. Tapi sangkaan kami silap. Rupanya sebulan yang kami bayar tu hanyalah untuk worksheet yang dia beri. Yang kena duduk mengajar anak ialah ibu dan bapa. Kelas seminggu sekali sahaja dengan cikgunya dan untuk ambik serta pulangkan worksheet. Mula2 agak terkilan tapi dah lama2 baru nampak keberkesanannya.
Rupanya lain bila lepaskan kat cikgu dengan sendiri mengajar. Aku tengok bila bos mengajar abang, bukan sahaja waktu formal masa nak siapkan homework, tapi waktu tak formal juga bos mengajar. Contohnya, waktu berjalan nak shopping, bos ada tunjukkan contoh kat abang apa yang ada dalam worksheet tu. So abang lebih faham. Tak lah abang asyik nak menghafal sahaja.
Abang mula dengan KUMON dari level 6A english. Alhamdulillah sekarang dah sampai level 1A. InsyaAllah kami nak teruskan jika balik ke Malaysia. Maybe nak masukkan Math sekali.

setiap kali abang naik satu level, akan diberi certificate ni dan feedback dari instructor..... selain hadiah2 yang sememangnya dinantikan oleh abang... hahahaha.....

contohnya hadiah ni... padahal berlambak dibelikan, tapi bila dapat hadiah hasil usaha dia sendiri, bukan main sayang dan seronok dia.....
selain daripada itu, setiap kali abang dapat siapkan homework dalam waktu musim cuti sekolah, abang akan dapat sijil lagi...... aku memang recommend kat sesiapa yang nak masukkan anak2 dia KUMON..... walaupun aku tak dapat percent hasil recommendation ni.... hahahahaha.......

No comments: