Setelah abang dan baby menunggu selama seminggu dan selama seminggu jugalah bos dok menahan telinga kerana asyiklah kena tanya bila nak beli fish, akhirnya fish sudah dibeli sebanyak dua ekor. Seekor untuk abang jaga dan seekor lagi untuk baby jaga (silap haribulan aku yang kena jaga). Hahahahhaa....
Time membeli ikan ini juga, kami sekeluarga mendapat banyak khidmat nasihat. Dari bab memilih pokok hidup dalam aquarium sampailah bab memilih makanan untuk si ikan ni. Pemilihan ikan pun terbatas juga. Bos bukan main berangan nak beli ikan yang cantik2 tapi bila nak beli tak dibenarkan kerana saiz aquarium dan jangka air dimasukkan dalam aquarium. So kami balik dengan dua ekor ikan yang sangatlah muda dan kuranglah cantik warnanya. Tapi abang dan baby bukan tau bab2 nak cantik dan menarik ni. Dapat ikan sudah cukup mengembirakan mereka.
bos sedang memasukkan tanaman dalam aquarium.....

ni bukan resit pembelian, tapi borang yang bos kena isi sebagai menandakan bertanggungjawab menjaga ikan tu..... siap kena letak address rumah, dan macam2 lagilah..... sungguhlah serius betul orang sini bab2 menjaga pet ni.... aku bayangkan, masuk kedai cakap nak beli ikan aje.... lain pulak kaedahnya... hahahahhaa..... kalau kat Malaysia ni, masuk kedai, cakap nak ikan apa.... then balik terus masuk dalam tangki... takde hal dan tak banyak syarat.... hahahaha..... demi anak2, aku dengan bos ikutkan aje lah... hahahahaha..... oh ya, lagi satu, sesiapa yang umur bawah 18 tahun tidak dibenarkan membeli pet ye di UK ni walaupun seekor ikan... hahahaha... aku pikirkan beli rokok dan arak aje ada syarat tu.... hahahahaha......
No comments:
Post a Comment