Tuesday 18 May 2010

My Story

Hujung minggu lepas, kami sekeluarga tak keluar rumah pun. Malas pun ada, cuaca kurang menarik pun ada dan yang paling penting nak simpan tenaga sebab hari ahad nya aku bertugas dari pagi sampailah malam. Bagus juga sekali sekali duduk rumah ni. Abang dan baby pun banyak aktiviti berbentuk pelajaran dapat buat. Sebagai contoh yang ini. Aku suruh abang buat story. Nak tengok juga macamana dia buat ayat dan nak latih dia menulis. Ok, kita tengok apa yang abang berjaya hasilkan.

story pertama yang abang tulis ialah, a cat climbe up the tree.... silap eja climb abang.... yang bestnya dia siap lukis apa yang dia maksudkan tu....


ni lagi satu..... pasal seorang budak perempuan panjat pokok.... nak petik buah apel.... abang silap eja some... dia tulis sum....

bos siap puji lagi... dia kata bagus dan yang aku tak tahan tu, bos siap tanya kenapa semua cerita abang asyik pasal panjat aje... rupa2nya dia kata dia suka memanjat... hahahahaha.... dari bergayut, wall climbing sampailah tulis story... semuanya berkaitan memanjat... lepas ni nak suruh bos bawa abang panjat gunung pulak ler... hahahaha.....

ok, kalau abang buat, sudah semestinya baby pun nak buat juga kan... entri seterusnya kita tengok story baby pulak... hahahahhaa......

No comments: