Wednesday 5 May 2010

Sedih dan Semangat

Ada dua perkara nak cerita ni. Satu hal sedih dan satu lagi pasal semangat. Tapi bukan bab kusssss semangat (gemuk) ya. Hahahaha...
Ok, nak dijadikan cerita hari Jumaat minggu lepas, schoolmate abang ajak dia datang rumah. Mula2 tu berat juga hati aku nak lepaskan abang ke rumah kawan dia. Tapi lepas aku tanya dan berterus terang kat mak kawan abang tu, aku dan bos bagilah izin abang datang dan main kat rumah kawan dia tu dari jam 12 tgh sampailah jam 4 petang. Sebab aku berat hati ialah manalah tahu dia ada bela anjing ke atau silap hari bulan dia bagi abang makan benda yang abang tak boleh makan ke, naya aku. Aku tanya pendapat bos, then bos cakap terus terang aje tanya mak kawan abang tu. Omputih kat sini direct aje. Takde berselindung2. Aku pun terus tanya yang samada dia ada bela haiwan tak? Dan aku pun minta dia jangan bagi abang makan apa2. So bila jawapan semuanya positif, bukan main seronok abang dapat kebenaran gi rumah kawan dia.
Tapi yang menjadikan aku sedih ialah bila abang balik dari rumah kawan dia. Abang mula membanding2kan antara apa yang dia ada kat rumah dengan apa yang kawan dia ada. Sedih aku dibuatnya. Ialah nak salahkan abang pun tak boleh. Dia kecik lagi. Yang sedihnya abang start tanya boleh tak dia nak dapat bilik sendiri dan katil sendiri macam kawan dia. Then dia tanya, kenapa rumah kita takde garden. Kenapa rumah kita takde tangga. Sedih aku dibuatnya. Nak cakap rumah yang kita duduk ni rumah sewa, mana lah dia paham. Last2 aku pun dapat idea, cakap nanti kat Malaysia, abang akan ada bilik sendiri, katil sendiri, garden sendiri dan rumah atok ada tangga dalam rumah. Hahahahahaha.....


antara perkara yang abang minta ialah boleh tak dia ada bilik sendiri dan katil double decker macam kawan dia... hahahahaha.... bos siap cakap, nanti kat malaysia jangankan double decker, triple decker pun boleh... hahahahaha.....

tangga dan garden pun dia minta juga.... hahahahaha..... kat rumah atuk ada tangga..... garden pun ada... hahahahhaa....

Hasil dari kesedihan tu timbul pula perasaan semangat nak balik Malaysia. Kalau boleh hari ni juga nak balik. Hahahahaha.... Bos, kalau baca entri ni, cepat2 lah tempah tiket balik ok. Hahahahaha.....

3 comments:

Anonymous said...

awla pun mcm tu juga, selalu tanya bila kita nak ada kereta. setahun lg ...insya allah

Jelly said...

kesiannya abang.. tak pe abg, kat msia abg pinjam tangga atok dgn tangga mak ngah, garden ayah boleh buatkan sebab ayah abg kan architect landscape (bila la ayah abg nak buat taman utk mak ngah) wink wink... bab2 katil tu nanti balik msia abg ajak je ayah abg pegi ikea.. hahahhahaa sure malatop rumah abg..

a.n.d.a.k said...

kak fa10: itulah, sedihkan kalau tak dapat tunaikan permintaan budak2 ni... hahahha...
kak lin: jangan malatop rumah sebab nak duduk... kang malatop tak sempat duduk pulak... hahahaha....