dalam entri pasal festival yang siri 1, aku ada janji nak buat entri pasal perempuan rambut pink ni.... sensasi lagi hangat perempuan rambut pink ni... nak tau?? jom tengok gambar selanjutnya....
Monday, 6 September 2010
Edinburgh Fringe Festival 2010 - Siri 2
Friday, 3 September 2010
Berapa kerapkah anda bawa anak ke playground?
Thursday, 2 September 2010
First day nursery
Ada satu insiden hari pertama kat sekolah. Dia nak buang air kecil. Aku dengan cikgu dia masuk lah tandas sekali dengan dia. Lepas dia buang air kecil, cikgu dia dengan ramahnya ajar dia buka paip, then sabun tangan dan last sekali tutup paip air tu. Punya lah dia tak nak dengar kata, apa cikgu dia suruh buat dia buat dekkkkk aje. Aku dah biasalah kan. Kalau kat rumah tu, dia akan jawab, 'I know and I can do it myself'. Agaknya dengan cikgu ni dia takut nak cakap lagi, so dia pun buat muka ler sambil tak ikut cakap cikgu dia. Terkulat2 aku tengok cikgu dia. Kesian pun ada. Hahahahaha.... Aku cool aje, sebab dah biasa. Then aku suruh cikgu dia keluar. Aku handle, kejap aje dia tutup air paip tu. Hahahahaha.....
Wednesday, 1 September 2010
Edinburgh Fringe Festival 2010 - Siri 1
apa ke nama street show ni ek... bos ada cakap ari tu tapi aku lupa... hahahhaa... ni charlie chaplin (betul ke aku eja.. hahaha).... ni orang betul ni..... jadi patung....
yang ni pulak puteri silver memegang bola silver... kalau kita bagi dia donation, dia akan bergerak sambil bagi kita bola silver tu, tapi kena pulang kan semula ya.... pandai dia orang ni cari rezeki..... bos siap bagi aku cadangan lagi... dia suruh aku pakai baju traditional melayu siap sanggul.... bila orang bagi donation, terus menari zapin ke, mak yung ke.... hahahahhaa... bos cakap, dapat 100 pound donation, balik ler rumah... duit tu bagi kat dia.. hahahahahaha....... sungguh kurang bernas idea bos ku ini... hahahaha.....
ni pulak comedy + juggling + action show... abis dia buat show dia akan announce yang kita bagilah dia donation hasil persembahan dia... aku dok terpikir, macam2 cara manusia meraih rezeki kan....
ni salah satu show yang kita orang nengok.... abang bukan main terpegun dengan aksi2 dia orang ni.. balik rumah terus tiru... hahahahaha.....
selain dari show, akan ada orang yang berpakaian pelik2 memberi flyer untuk show2 berbayar dan percuma di tempat lain.... macam2 fesyen ada......
ada cerita di sebalik perempuan berambut pink tu... tunggu entri seterusnya... hehehehehe.....
My new rain coat
Monday, 23 August 2010
bounce... bounce... bounce....
Friday, 20 August 2010
New term start....

baby pula??? minggu depan akan naik sekolah.... berdebar2 aku dengan bos bila memikirkan bab baby nak masuk sekolah ni... ialah, dia kan queen kat rumah... semua kena ikut cakap dia... kalau kat sekolah, mana boleh... hahahaha..... takpe, mummy doakan semoga semuanya selamat dan baby serta abang berjaya di sekolah masing2.... amin....
Tuesday, 17 August 2010
5th day Ramadhan
Habis jalan car boot, kami singgah Lanark Loch. Bagi anak pulak enjoy main dan suap swan dan itik makan. Aku dengan bos, duduk bawah pokok tengok anak main sambil telan air liur tengok orang picnic makan dan minum. Hahahahahaha.....

Thursday, 12 August 2010
1st day Ramadhan
Abang pula, bila aku explain pasal puasa, macam2 lah yang di tanya nya. Nasib baik tak cukup umur lagi. Takpe Abang, kita practise kat Malaysia aje. Kalau kat sini kang, nak kena puasa kat sekolah, cikgu macam2 ceritanya pulak. Hahahaha....
Apa2pun, jom kita tengok apa bos masak juadah berbuka hari pertama.

roti john ala2 kat pasar ramadhan kat putrajaya yang orang beratur bukan main panjang..... tapi yang bos buat ni lagi sedap (nak kena selalu puji, so bos akan masak sedap2.. hahahaha....) tapi betul sedap sebab ayam cincangnya sungguh banyak... kalau kat pasar ramadhan tu, rasa roti aje.. inti ayamnya sikit... hahahhaa..... selamat berbuka semua.... (kalau time baca ni tengah puasa, jangan meleleh yer tengok roti john air tangan bos ku... hahaha....)
Wednesday, 11 August 2010
Salam Ramadhan
Kali ini masuk tahun ke 6 aku berpuasa di bumi UK. Dua kali semasa tahun 2002 dan 2003 dan sejak 2007 hingga lah sekarang tahun 2010. Berpuasa di musim sejuk (2002 & 2003) sungguh menarik sebab tak sempat nak rasa lapar dan dahaga. Tahun 2007 dan 2008 pula musim bunga. Aku berpuasa ditemani dengan bunga2 yang mekar berseri2. 2009, musim luruh puasa seakan2 berada di Malaysia sebab waktu berbuka nya lebih kurang sama dengan waktu di Malaysia. Dan tahun 2010, adalah tahun paling mencabar. Melengkapkan cukup semua musim aku pernah lalui berpuasa di bumi UK ni. Alhamdulillah, puasa kali ini di musim panas. Panjang dan harapnya aku kuat sebab puasa kali ini aku bertugas. Macamana lah nanti yer. Hahahaha.... Apa2pun Selamat berpuasa!!!
Minta maaf lah sebab semakin bersawang dan berhabuk blog ini. Sibuk kebelakangan ini sebab anak cuti sekolah. InsyaAllah minggu depan sudah naik sekolah, blog ini akan aktif semula. Macam cikgu pula aku ni, cuti sekolah tak boleh menulis blog. Kena cuti sekali. Hahahaha....