Thursday, 3 June 2010

KUMON Award Ceremony - ASR Bronze

Alhamdulillah, hasil berkat usaha abang, berjaya juga abang dapat award dari KUMON. Bos siap cakap, tak sia2 berhabis duit dan tenaga. Syukurlah. Award ni namanya ASR (advanced student roll). Abang dapat bronze medal in English. Bos cakap kira oklah, anak jawa dapat bronze sebab anak2 omputih aje yang dapat gold. Hahahahaha.... Sebenarnya yang excited nak gi ceremony ni aku dengan bos. Abang pulak blur tak tau apa2. Aku dan bos cakap yang dia dapat present atas stage nanti. Dia siap tanya dapat toys apa? Stage tu apa? Hahahahahaa......
Kiranya ni first experience abang dapat award. Kelakar pun ada, gembira pun ada dan sebagai ibu aku pun turut bangga dan rasa bersyukur. Daddy dan mummy doakan agar abang terus berjaya bukan sahaja untuk ilmu di dunia tapi di akhirat juga ya. Amin.....


ni invitation card yang kami dapat......


sampai2 aje, seperti biasa abang yang tengah blur, aku suruh dia berposing.... baby enjoy aje...


then ada clown pula buat show.... seronok lah abang dan baby...... agaknya mesti dia berdua terpinga2... majlis apa lah daddy dengan mummy dia bawa ni.... hahahahaha.....

dalam dewan, punyalah tak reti duduk diam baby..... boleh orang tengah bagi ucapan, dia menyanyi lagu sorang2..... hai baby ni.... nak kena masukkan kelas 'cara2 menghadiri majlis'.... hahahahaha.......


abang pula kena duduk sendiri dengan kawan2 dia... dah macam konvokesyen pula..... nasib baik lah kita orang duduk dekat dengan tempat dia duduk... kalau tak mesti dia terpinga2.....

kumpulan abang dipanggil naik atas pentas.... abang lah yang paling muda dalam kumpulan dia... dan aku rasa yang paling muda penerima award aritu.... semuanya dah besar2..... agaknya dia sorang aje yang darjah 1 (P1)......


masa nama abang di panggil, dia boleh buat tak tahu aje... hahahahaha...... pengalaman pertama abang..... dia senyap berdiri sampailah kena orang suruh dia pergi ambik medal baru dia pergi... hahahahaha....

hahahaha.... perasan tak tangan kiri abang asyiklah pegang bahu dia.... dari naik atas stage sampailah turun stage, tangan dia macam tu..... hahahahahha..... kesian abang... terpinga2 dia tak tahu apa..... dengan takde rehearsal nya.... main redah aje anak aku kena naik pentas.... bila turun aje dari pentas dan dapat duduk dengan kita orang, aku tanya abang.... kenapa tangan macam tu... dia kata dia gatal nak scratch bahu... hahahahaha.... macam aku tak tahu yang dia dalam keadaan terpinga2.... hahahahaha... takpe abang, ni pengalaman pertama... insyaAllah lain kali kita rehearsal dulu ok... hahahaha......
inilah medal yang abang dapat...... tahniah dari mummy, daddy dan baby!!!! semoga terus cemerlang..... mummy dan daddy doakan ya!!!
baby pula dapat bawa balik belon.... hahahahahha..... tapi kira oklah baby ni... walaupun tak duduk diam dalam majlis, yang penting dia tak menangis.... tapi yang tak tahan tu, asyik lah ajak balik rumah..... hahahahahaha......

Akak feeling 'orang kaya' siri 3

Kaya ke kayap kalau pakai kete ni ek? hahahaha..... apa2 pun, saja2 je aku nak feeling orang kaya ada kumpul kereta2 antik. kereta ni masih boleh berfungsi dan siap ada road tax lagi. tempat pemegang nak buka pintu pun di sebelah kanan. kelas kete antik akak. hahahaha....

jom naik, kita pusing dan ronda satu edinburgh.... hahahahhaa.....

Wednesday, 2 June 2010

Chicken cottage lagi

Ok cerita pasal makan lagi. Sori ler aku nyer entri ni. Tak mengikut hari. Kejap kejadian hari sabtu, kejap kejadian ari ahad. Hahahaha.... Kalau nak tahu, aku buat entri sekali gus. Semua aku auto publish kan. Paling banyak 2 entri sehari. Paling sikit takde entri sehari. Hahahahaha.... Semuanya bergantung pada kebusy-an dan kelapangan aku.
Eh nak cerita pasal makan sebenarnya ni. Ari Sabtu lepas, sebelum attend KUMON ceremony abang, kita orang gi makan dulu. Makan apa lagi kalau bukan chicken cottage (ala2 KFC). Sebabnya venue ceremony abang ni dekat city centre. Sangat dekat dengan restoran chicken cottage ni. Tu yang singgah makan dulu. Kebetulan, sebelum ke ceremony abang ni, kita orang singgah kedai cina. Siap beli sos cili lagi. Dan bos siap suruh bawa sos cili ke restoran ni. Barulah sedap sikit makan ayam dengan sos cili ni. Pelik sungguh aku orang sini makan ayam macam tu aje. Takde sos cili. Yang ada ketchup aje. Tak pedas langsung.

abang memerhati dari jauh bos tengah order makanan..... dia perhati ada budak lelaki kacau baby dan bos masa nak order makanan........
baby sampai minta dokong takutkan budak lelaki baju merah tu... ganas sungguh budak tu... hahahahahaha....... berani kau usik anak dara aku yer.... aku seligi baru tau..... hahahaha.....
ini dia sos cili dalam beg aku yang telah dikidnap masuk ke restoran ayam ni... hahahahha.....

dah makan baru ambik gambar.... nasib baik separuh jalan.... kalau tak tinggal tulang aje..... jemput makan ya....

Thank you Bos

Hujung minggu lepas, aku bertugas hari Ahad dari pagi sampailah ke petang. Letihnya ya amat. Then bos ambik aku balik kerja dengan abang dan baby. Dalam kereta bos tanya nak makan apa ya. Aku tanya dia, tak masak ke? Dia jawab tak. Betapa sedihnya hati aku dengar. Ialah, dah penat2 kerja, balik nak kena masak pulak. Aku pun diamkan aje lah.
Sampai aje kat rumah, aku terus mandi. Then selesai mandi, masuk dapur tiba2 ternampak makanan. Rupanya dia dah siap masak. Hahahahaha...... Hati yang sedih terus bertukar gumbira. Hahahahaha.... Ok kita tengok apa bos masak hari Ahad lepas.

sambal belacan minggu lepas..... ni bos buat juga, tapi minggu lepas punya... simpan dalam fridge.... masih sedap lagi... hahahaha....

ayam masak merah....... ni lauk dia ler.... aku tak makan pun sebab ada lauk special dia masak untuk aku....

ini baru lauk aku.... special!!!! ikan salmon asam pedas..... sedapnya.....

sayur goreng campur kegemaran baby.....

ayam goreng untuk abang dan baby......

dan yang paling special ialah ulam pegaga, timun dan lemon..... nikmatnya makan hari tu.... hilang penat bekerja.... ulam pegaga ni aku jumpa kat kedai cina..... nak terlompat kegembiraan aku jumpa ulam pegaga ni..... my febereeeettttttt..... hahahahhaa.... jemput makan ya semua.....

Tuesday, 1 June 2010

Jump jump jump!!!

Jump, jump, jump and jump. Al kisahnya, kawan bos yang datang dari Australia ni sungguh lah berseni orang nya. Pandai ambik gambar dan pandai beraksi ketika bergambar. Mengalahkan model. So adalah satu aksi iaitu melompat ketika ambik gambar dan aksi ni telah ditiru oleh abang dan baby. Bos cerita kat aku, tak henti2 melompat. Hahahaha... Budak2 kan mana boleh benda2 seronok macam ni. Mesti nak tiru. Bila aku tengok semula gambar yang diambil, kelakar pun ada, cantik pun ada.

lompat abang.... lompat baby.....

baby macam tak lompat aje... hahahahha.....



wah siap melentik kaki abang melompat.... hahahahhaha......

Bercanda di tepian pantai

Minggu lepas, kawan bos dari Brisbane, Australia datang ke Edinburgh. Seronok sungguh aku tengok bos. Jumpa kawan lama lah katakan. Satu Edinburgh dia bawa jalan kawan dia tu. Aku pun ikut sama tapi bukan setiap hari lah. Sebabnya, kena bertugas. Antara lokasi yang dia bawa ialah Portobello Beach. Aku tak ikut cuma abang dan baby aje yang ikut. Siap buat sand castle dan kutip sea shells lagi. Bos cerita, sejuk angin nya.
sakan budak berdua ni main tepi pantai.....

Monday, 31 May 2010

Mengidam Lagi... Adakah aku....????

Hujung minggu baru ni, lepas attend award ceremony abang, aku ajak bos gi kedai pakistan. Iya lah nak beli ayam dan daging. Tiba2 terjumpa kotak2 mangga yang tersusun cantik aje. Aku pun punyalah terliur macam orang mengidam nak makan mangga. Adakah aku .....??? Takpe nantikan berita terkini kat blog ni ya. Manalah tahu ada rezeki. Hahahaha.... Ok jom tengok brapa kotak aku beli?
satu kotak..... ada 5 biji dalam dia... aku dah siap makan sebiji baru nak tangkap gambar... manis, lembut dan sungguh lah nikmatnya buah mangga from pakistan ni... hahahaha.....

kotak kedua... ada 5 biji juga... ke mana lagi tiga biji??? sudah semestinya aku makan sorang2... hahahahaha.... bos, abang tak layan mangga ni... baby pula kali ni tak nak juga.... so aku perabih kan lah... hahahahhaa... yummyy.......

Wednesday, 26 May 2010

Assistant Chef


Assistant2 chef sedang menjalankan tugas masing2... hahahaha... kadang tu seronok, tapi kebanyakan hari sangatlah menyemak bila semua sibuk nak masuk dapur dan nak tolong..... hahahhaa..... dari boleh siap masak dalam 30 minit, jadi sampai 2 jam tak siap2 lagi.... hahahaha.....

hasil kerja tangan chef abang dan chef baby potong..... ni kalau orang datang rumah aku jamu hasil potongan abang dan baby ni, mahu satu keturunan malu..... macam2 saiz di potongnya... yang tak patut masukkan pun dia masukkan juga... hahhhahaha.....

Arthur Seat - Picnic & daki bukit

Weekend lepas, bos ajak picnic lagi. Mula2 bos cakap nak pergi botanical garden. Then tiba2 tak jadi pulak. Bos kata nak cuba singgah arthur seat. Arthur seat ni bekas bukit yang katanya bekas gunung berapi. Susunan batu2 bukit ni sangatlah cantik. Dan dari atas ni seluruh bandar Edinburgh dari setiap arah dapat dilihat. Cantik sungguh. Mula2 bos pikir nak picnic kat bawah aje. Then tergerak pulak nak panjat bukit. Abang dan baby bukan main excited nak panjat bukit. So aku dengan bos pun layankan ajelah. Tapi last2, kami pula yang seronok sampai abang dan baby penat dan minta nak balik. Hahahaha.......


waktu ni dah separuh bukit panjat... penat juga aku..... tapi bila tengok pemandangan ke bawah, cantiknya hilang rasa penat... dan nak naik lagi nak tengok dari atas lagi.....

banyak betul bunga2 warna kuning ni.... tapi sangatlah bahaya....penuh berduri satu pokok.... masa lalu celah2 pokok ni, aku punyalah menjerit suruh abang dan baby hati2... bos tensen aje... hahahaha....


then kami rehat dan makan2..... isi minyak semula setelah penat mendaki..... time picnic ni abang dan baby takut dengan fly.... aku rasa bukan lalat tapi macam seranggan yang terbang2.... kecik aje tapi takutnya budak2 ni macam jumpa harimau.... macamanalah nanti kat malaysia... hahahhaa....


ok, kita sambung pendakian..... hahahha... banyak lagi gambar tapi malasnya nak upload.....

yeah!!!! kami dah berjaya sampai ke puncak......bukan main susah nak ambik gambar ni... ada dekat 10 kali suruh budak2 ni diam2 nak dapat shadow cantik.... akhirnya berhasil juga.... dari kiri, aku, baby, abang dan bos....

ni menghala nak turun.... abang dan baby dah penat..... so yang jadi mangsa ialah bos..... hahahhaa.....


masa turun ni, aku dan bos suruh abang perlahan2.... ialah takut dia berlari kang terguling jatuh bukit.... then aku cakap perlahan2..... abang pula tanya, walk like a penguin mummy??.... aku pun iyakan aje lah yang penting dia turun dengan perlahan.... terus dia buat aksi jalan macam penguin... kita orang ketawa tak henti2 sampailah ke bawah... loyar buruk betul abang ni.... terkedek2 dia turun buat aksi penguin... hahahaha.....

sampai bawah tak nak balik pulak.... so sambunglah kita orang bagi duck, swan dan burung makan...... sampailah petang baru lah kami balik...... puas dan seronok hari tu..... first time panjat bukit ni... best sangat.....